in

“Supaya aku tak bunuh kau satu hari nanti” – Isteri List Down Semua Kebaikan Suami

Pjimage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup berumah tangga ni, ada banyak cabaran. Ada masa suka tapi tak boleh dinafikan ada juga masa duka yang melanda.

Bagaimanapun, seorang wanita di Jepun mempunyai cara lain bagi memastikan perkahwinannya sentiasa bahagia.


 

Isteri tulis semua kebaikan suami atas satu nota

Suaminya menemui nota milik isterinya yang menyenaraikan segala kebaikan yang dilakukan oleh lelaki itu termasuk sekecil-kecil perkara seperti membeli teh dan melayani anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun.

Sweetnya, si isteri hargai segala usaha suaminya…

Namun, apabila ditanya mengenai nota itu, wanita itu dengan slumbernya menjawab itu adalah peringatan supaya dia tidak membunuh suaminya. 

Ada udang disebalik batu rupanya…

Kisah itu dikongsikan oleh suaminya di akaun Twitter milik lelaki tersebut.

 

Peringatan Masa Hadapan

Menurut wanita itu, nota tersebut akan digunakan olehnya apabila dia tidak berpuas hati dengan tingkahlaku suaminya, dan mengingat kembali bahawa suami adalah seorang yang baik.

Bila fikir balik, bagus juga teknik tu. Ye la bila marah mudah ingat yang buruk-buruk je…

 

Capture 1 3

Namun perkongsian tersebut mendapat kecaman ramai pihak, lalu lelaki tersebut menjelaskan bahawa isterinya pilih untuk berbuat demikian supaya dia tidak memperkecilkan usaha pasangannya itu.

Min rasa teknik ni bagus, mungkin min boleh cuba nanti.

So korang yang dah berkahwin tu, ada ke trick-trick yang korang gunakan? Share la dengan min

 

Baca : Saya dah takde harapan utk hidup lagi Suami Tipu Isteri Konon Dijangkiti Covid-19, Rupanya Lari Rumah Nak Tinggal Dengan GF

Capture 8 3

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.