in

Sumber Dakwa PMX Akan Lakukan Rombakan Kabinet, Penjawat Awam Kanan Selepas PRN

Rombakan Kabinet Pmx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikhabarkan bakal melakukan rombakan Kabinet selepas Pilihan Raya Negeri yang akan datang dan menurut laporan NST, sumber berkenaan turut mendedahkan ‘pembersihan’ dalam kalangan Penjawat Awam Kanan akan dilaksanakan terlebih dahulu.

Pendedahan yang dilakukan oleh sumber yang ingin dirahsiakan identiti tersebut berkata, Anwar ingin mengeluarkan mereka yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan betul.


Menurut pemberi maklumat tersebut juga, rombakan ini juga akan melibatkan ketua pengarah dan ketua setiausaha daripada beberapa kementerian yang tidak dinyatakan jumlah.

Fb Img 1670022115531

Tambahnya lagi, kerajaan dan menteri boleh berubah dan diubah, namun sekiranya individu (yang bermasalah) masih berada dalam institusi tersebut, ia tidak akan kemana-mana.

“Apa guna tukar menteri sekiranya tidak ubah sistem”

Menurut sumber berkenaan lagi, sesetengah menteri seakan-akan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan mereka, jadi pembersihan Kabinet perlu dilaksanakan.

Tambahnya lagi, perubahan di peringat menteri juga tidak akan mengubah apa-apa sekiranya ‘masalah’ utamanya masih kekal berkhidmat.

Kl03 14022023 Parlimen 2967246 20230214113408

Untuk pengetahuan, lapan hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan persoalan orang ramai ketika itu dengan membentuk Kerajaan Perpaduan yang merangkumi 28 kementerian dengan beliau dan dua Timbalan Perdana Menteri masing-masing memegang satu portfolio dalam kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sumber : NST

Baca : “Kerajaan seolah-olah tidak nampak masalah orang Melayu” – Tun M Persoal Kerajaan Buat 6 Rumah Terbuka

Ft Tun M Persoal Kerajaan Buat Open House 3

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.