in

Suka Menjadi Duka Selepas Kanak-Kanak Ini Melantun Dan Terjatuh Dari Gelongsor Tiub

Page5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Suka Menjadi Duka Selepas Kanak-Kanak Ini Melantun Dan Terjatuh Dari Gelongsor Tiub
Loading
/

Kuwait – Seorang kanak-kanak lelaki bukan sahaja patah tangan, malah bengkak mata kanan dan cedera di beberapa bahagian badan akibat terjatuh ketika sedang bermain di gelongsor tiub.

Sebelum kejadian malang itu berlaku, mangsa dilihat melompat keriangan bersama kanak-kanak yang lain. Malang tidak berbau, mangsa kemudian melantun ke bahagian luar dan terjatuh dari aras yang tinggi.


Seorang wanita yang merakam video ketika itu terus berlari dan menjerit sebaik sahaja melihat mangsa melantun dan terjatuh.

Visual video menjadi tidak jelas selepas beliau berlari mendapatkan mangsa. Namun, di akhir video itu mangsa boleh dilihat berada di dalam sebuah kereta untuk dibawa ke hospital berdekatan.

Di status wanita itu, beliau menasihatkan ibu bapa untuk tidak membenarkan anak-anak bermain gelongsor itu kerana tiada ciri-ciri keselamatan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.