in

Sudirman 27 Tahun Dalam Kenangan, Ini 14 Gambar Menarik Penghibur Legend Negara Pada Zaman Kegemilangannya

sudirman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudirman Hj Arshad adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia nyanyian dan hiburan Malaysia. Beliau boleh dikatakan antara penghibur yang paling ‘Malaysia’ lah kerana sering muncul dengan lagu-lagu yang melekat di minda rakyat bukan saja orang Melayu tetapi bangsa lain seperti Cina dan India.

Namun begitu, Malaysia telah kehilangan penyanyi berbakat besar pada 22 Februari 1992 tepat 27 tahun hari ini. Berikut 14 gambar beserta trivia menarik mengenai Sudirman Hj Arshad hasil perkongsian Twitter Asrul Muzaffar


 

Lahir pada 25 Mei 1954, nama ilham daripada pahlawan Indonesia

Penyanyi berbakat besar, Sudirman ini dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Pahang. Bagi yang tak tahu, nama Sudirman telah diambil daripada seorang pahlawan Indonesia bernama Soedirman. Beliau juga dipanggil Diman oleh keluarga.

Dz WLyZV4AAIPty

Sumber: Twitter

 

Tun M pernah kirim surat pada Sudirman?

Fakta menarik tentang penyanyi kegemaran ramai ini ialah beliau sangat mengagumi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga PM pada zaman kegemilangan Sudirman.

Sudirman semasa aktif dulu pernah menulis artikel mengenai Tun M dan Tun M juga pada masa yang sama pernah menghantar surat kepada Sudirman untuk mengucapkan tahniah tau! Wah untungnya dapat surat daripada PM. 

Dz XwVjU0AAW6gV

Dz XwVjVYAAgSp1
Sumber: Twitter
PM
Sumber: Nona

 

Penyanyi lagu patriotik yang hebat

Sudirman boleh dikatakan antara penyanyi yang berani membuat satu album yang memuatkan semua lagu-lagu patriotik. Meskipun album tu tak se’popular’ album-albumnya yang lain, lagu patriotik dari Sudirman tetap menjadi siulan pelbagai bangsa sampai sekarang.

Dz Y0MHU0AEI UE

Dz R vBU0AIzCXO

Dz R u9U8AAfN8I
Sumber: Twitter

 

Perkahwinan yang berakhir dengan penceraian

Sudirman telah menamatkan zaman bujangnya apabila bernikah dengan gadis pilihan hati bernama Kamariah atau lebih dikenali sebagai ‘Kay’. Namun perkahwinannya dengan Kay tak panjang apabila mereka berdua bercerai selepas 3 tahun berkahwin atas sebab tiada persefahaman antara satu sama lain. Noorkumalasari dikatakan saksi perpisahan tersebut.

Dz O60WUUAEek2G

Dz O60TVAAAleZu

Dz O60XVYAIzzQu

Dz O60SV4AA4gMJ
Sumber: Twitter

 

Sudirman meninggal dunia 

Pada 22 Februari 1992, Sudirman yang berusia 37 tahun telah pergi meninggalkan kita. Beliau dilaporkan meninggal dunia di rumah kakaknya selepas 7 bulan menghidap sakit radang paru-paru. Kematiannya dianggap satu kehilangan besar bagi negara.

Dz Z MyUcAQTU11

Dz Z MyU0AEsn Y
Sumber: Twitter

Sama-samalah kita panjatkan Al-Fatihah buat Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Baca: Dr M dan Siti Nurhaliza Individu Yang Paling Dikagumi di Malaysia, Najib No 15

tun m siti najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.