in

Suasana Sayu Iringi Pengebumian 3 Mangsa Lemas Banjir di Baling, Janin Ditanam Sekali Dengan Ibu

Page Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam Isnin lalu, kita dikejutkan dengan berita banjir kawasan di sekitar Kampung Iboi, daerah Baling, Kedah sehingga menyebabkan lebih kurang 20 buah rumah penduduk mengalami kerosakan.

Kejadian yang berlaku itu juga mengakibatkan kehilangan tiga ahli sekeluarga yang berusia 14 hingga 53 tahun kerana hanyut dibawa arus kepala air dan juga banjir yang melanda kawasan tersebut.


https://twitter.com/zunoninonino/status/1543948621577867264

“Mayat ditemui berpelukan”

Pada 5 Julai lalu, mayat ketiga-ketiga mangsa ditemui sekitar jam 9:30 pagi dengan jarak 100 meter dari lokasi rumah mereka yang runtuh. Lebih menyayat hati apabila mayat wanita hamil djumpai berpelukan dengan ibu mentuanya.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1544186498404143104

Mangsa yang ditemui merupakan Nurul Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan ibu mentuanya yang lumpuh Salmah Mat Akib, 53 tahun dijumpai di bawah timbunan batang pokok sebelum mayat Khairul Ikhwan Nor Azman turut ditemui tak lama kemudian.

“Janin dengan ibu ditanam dalam satu liang”

Menurut Harian Metro, Ketiga-tiga jenazah mangsa lemas termasuk janin yang baru berusia empat bulan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Charuk Bemban Dalam sekitar jam 5:30 pagi tadi.

Suasana pilu dan sayu mengiringi majlis pengebumian itu apabila jenazah janin didukung bapanya iaitu Muhammad Khairul Asyraf Nor Azman, 24 tahun untuk dibawa masuk ke dalam surau untuk disolatkan.

Lemas 1

Jenazah Nurul Anis, Salmah Mat dan juga Khairul Ikhwan tiba di perkarangan Surau Al-Istiqamah dalam jam 4:25 pagi. Ketiga-tiga jenazah dikebumikan dalam tiga liang lahad yang dimulai dengan Nurul Anis ditanam bersama dengan janinnya.

Majlis pengebumian itu dihadiri kira-kira 200 orang yang diberikan peluang untuk menatap wajah-wajah jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Al-fatihah buat keluarga mangsa… Semoga diberi kekuatan ya…

Baca: Mayat Wanita Hamil & Ibu Mertua Lumpuh Ditemui Berpelukan Dalam Banjir Di Kedah

Untitled 1 4

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.