in

“Suaminya laju cabut lari” – Isteri ‘Naik Hantu’, Penyondol Dimarahi Di Khalayak Ramai

isteri tangkap skandal suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang isteri mengamuk apabila mendapati suaminya menjalinkan hubungan sulit bersama wanita lain.

Kejadian yang tular di media sosial Indonesia itu memaparkan seorang wanita menarik rambut kekasih gelap suaminya selepas menyerbu pasangan itu berdua-duaan di dalam kereta.


Difahamkan, insiden itu berlaku di Kota Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara pada malam minggu di kawasan warung makanan.

Seorang saksi mendakwa, si suami dan teman wanitanya pada awalnya berada di dalam sebuah kenderaan Toyota Fortuner sebelum mereka ‘dicekup’ si isteri.

“Isterinya lantas masuk ke dalam kereta sebelum kenderaan itu dilihat bergoyang,” kata saksi itu.

Artikel berkaitan: Pertahan Menantu, Lelaki Tawar Ganjaran RM3.8k T*mpar ‘Penyondol’ 10 Kali

Artikel berkaitan: Dituduh Rampas Suami Orang, Janda Anak Satu Dibel*sah 5 Wanita

skandal

Tidak lama kemudian, si isteri menarik teman wanita suaminya keluar dari kereta lantas merentap rambutnya sambil disaksikan orang ramai.

Dalam video yang dikongsikan, si isteri dilihat memarahi wanita berkenaan sambil menarik rambutnya.

“Awak tidak tahukah dia sudah beristeri dan mempunyai anak? Saya malu gara-gara sikap anda berdua,” katanya.

Screenshot 2025 12 24 133919

Wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya hanya mampu mendiamkan diri ketika rambutnya digenggam kuat.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah ketika dua wanita tersebut bergaduh, si suami dikatakan melarikan diri tanpa disedari.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.