in

Suami Yang Mempunyai Lebih Dari Seorang Isteri, Perlu Mohon Kebenaran Polis Untuk Lawat Isteri Lain

Feat 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rakyat dinasihatkan untuk duduk di rumah dah keluar hanya bila perlu.


Semalam baru keluar kenyataan terkini memaklumkan 2 sekeluarga dibenarkan keluar sekali namun hanya untuk membeli barang keperluan atau mendapatkan khidmat perubatan sahaja.

Bukan itu sahaja, perkembangan terkini dimaklumkan bahawa:

lelaki yang mempunyai lebih dari seorang isteri perlu mendapatkan kebenaran polis jika mahu bergerak lebih 10 kilometer (km) radius dari rumah untuk melawat isterinya yang lain.

Madu

Namun ia bukannya mudah, polis akan mempertimbangkan dan meneliti alasan permohonan sebelum ia diluluskan atau sebaliknya, lapor Berita Harian.

Seperti prosedur operasi standard (SOP) digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang awam dibenarkan bergerak lebih 10km radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan namun perlu menyertakan dokumen dan bukti.

“Kalau ada yang melawat isteri lain di kawasan berbeza, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat. Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya.”– Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin

 

Para suami yang ada lebih seorang isteri tu jangan lupa mintak kebenaran polis yer…

Baca : TERKINI : 2 Orang Sekeluarga Dibenarkan Keluar Sekali Semasa PKP Fasa 4

Ft

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.