in

“Suami saya tak dapat balik” – Pelajar Buang Mayat Bayi Di Masjid, Tinggalkan Surat Dengan RM 29

Pelajar Buang Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita 21 tahun telah ditahan polis selepas bertindak membuang mayat bayinya di sebuah masjid di Kalimantan, Tengah, Indonesia.

Menurut Tribunnews, wanita yang merupakan pelajar universiti tempatan di negara tersebut dikatakan mengalami keguguran saat usia kandungannya 5 bulan.


 

Bungkus dengan plastik, letak kat masjid, bagi surat dan duit

Screenshot 2022 02 22 173720

Disebabkan itu, dia bertindak membungkus mayat bayinya dengan plastik dan masukkan ke dalam kotak sebelum dibiarkan di perkarangan masjid.

Diselitkan juga wang tunai 100 ribu rupiah (RM 29) bersama sepucuk surat yang mengandungi permintaannya untuk mengebumikan mayat bayi berkenaan.

Dalam surat itu juga tertulis bahawa dia tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung harap memandangkan suaminya itu tak dapat pulang sebab kerja di Kalimantan Barat. Dia turut mengakui bahawa dirinya seorang pelajar.

Malah, dia juga meminta maaf dan menjelaskan bahawa dia bukan sengaja tidak mahu jumpa orang-orang masjid, tetapi tidak sanggup dan tak kuat nak lihat keadaan bayi yang dinamakan Umairah bin Irfan itu.

Berikutan dengan penemuan mayat bayi dan surat itu, gadis tersebut telah ditahan oleh pihak polis.

 

Baca : Lupakan Sengketa Lama, Remaja Yang Dimandikan Seperti Jenazah Berdamai Dengan Pihak Masjid

Cover 12

Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.