in

“Suami saya cakap jangan post macam nak minta simpati orang” – Zarina Zainuddin ‘Pejam Mata’ Apa Orang Nak Cakap!

Azil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum tahu bahawa pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar yang menghidap autisme.


Kembar lelaki yang berusia 21 tahun itu dikenali sebagai Azal dan Azil – mereka mempunyai tahap autisme yang berbeza.

Zarina sebelum ini sering memuatnaik video dan gambar anak-anaknya dengan niat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai autisme.

Bagaimanapun, niatnya disalah tafsir oleh sesetengah individu yang kurang senang dengan tindakan Zarina yang dilihat seolah-olah membezakan Azal dan Azil.

Berkongsi luahan hatinya menerusi Instagram, Zarina berkata dia tidak pernah memilih kasih dalam mendidik anak-anaknya, namun situasi Azil yang berbeza berbanding Azal menyebabkan dia memilih cara lain dalam mendidik dan menjaga anaknya.

Screen Shot 2019 11 10 At 4.22.11 Pm
Sumber: instagram

“Saya lama tak post video Azil tantrum suami saya cakap jangan post macam nak minta simpati orang. Saya cakap ramai orang tak tahu lagi autisme sebab spectrum autisme ni besar.

“Setiap anak lain takkan sama. Anak awak dengan anak saya.. jadi kalau orang cakap awak buat macam inilah, anak saya saya buat macam ni..itu anak awak dalam rumah awak dalam jagaan awak persekitaran pun berbeza, tidak akan ada persamaan.

“Azal pun lain.. saya boleh ajar mengaji boleh ajar dia buat kerja, berbeza dengan Azil,  saya suruh tutup pintu pun dia hempas diri.

“Ajar tetap kena ajar tapi kadang kita tak sampai hati sebab hati ibu boleh cair tengok mata anak.. sedangkan kucing lagi tahu sayang anak dia inikan pula manusia”, katanya.

Untuk rekod, Azal mempunyai menghidap mild autisme manakala Azil menghidap hyper autisme.

Azal yang menghidap mild autisme mempunyai kebolehan bercakap, menulis, membaca dan menguruskan diri manakala Azil tidak boleh bercakap dan masih lagi meneruskan rawatan termasuk mengambil ubat untuk membantunya tidur.

Hmm korang patutnya support Kak Zarina.. bukan semua orang boleh kuat dan tabah macam Kak Zarina. Apa-apa pun suka tengok Kak Zarina usik Azal dan Azil, sweet sangat! Betullah orang cakap, kasih ibu membawa ke syurga.

Baca: Pahit Manis Mengasuh Anak Autisme Dari Kaca Mata Zarina Zainuddin

Screen Shot 2019 11 10 At 4.50.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.