in

Suami Rohana Jalil Ingin Ambil Tindakan, Kematian Isteri Didakwa Berpunca Dari Pembedahan

Rohana Jalil Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi era 80-an, Rohana Jalil yang meninggal dunia berpunca daripada kebocoran usus.

Suami kepada pelantun lagu Rayuanku itu, Jahangir Khan berkata dia tidak akan menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang cuai ketika melakukan pembedahan bariatrik kepada arwah isterinya.


Menurut mStar, suaminya itu mengatakan punca kematian isterinya itu berkemungkinan berpunca daripada pembedahan tersebut.

Whatsapp Image 2022 12 28 At 15.08.56

Dia bagaimanapun berkata banyak perkara yang perlu diteliti sebelum pihaknya mengambil sebarang tindakan.

“Kalau ikutkan hati memang nak ambil tindakan, tapi buat masa ini masih belum tahu lagi sebab perlu berbincang dari banyak sudut.

Kami pun perlu mencari individu yang pakar dalam bidang berkenaan, kita ikut langkah demi langkah,” katanya.

Difahamkan, dia berkongsi mengenai perkara itu selepas pengebumian Rohana di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya hari ini.

Sebagai info, Rohana menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) kira-kira jam 11.30 malam tadi akibat kebocoran usus.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah…

Baca: Kecoh Spekulasi Di Indonesia, Penyanyi Terkenal Agnez Mo Didakwa Maut Dibunuh Di AS?

Agnez Monica Di Bunuh

Sumber: Bebas News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.