in

Suami Miera Liyana Mahu Selesai Kes Hadanah Cara Baik, Bekas Isteri Dapat Jumpa Anak Lepas 5 Bulan

Ft Bekas Madu Miera Liyana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami kepada pelakon Miera Liyana telah memaklumkan bahawa anak keempatnya, Nur Anisa ada meminta pulang untuk pulang ke rumahnya selang beberapa hari selepas perbicaraan penuh hadanah yang berlangsung pada 4 September lalu.

Bekas madu pelakon tersebut, Adibah Abdul Mutalib, 50 mengatakan bahawa pada mulanya dia begitu terkejut mendengar permintaan anaknya yang berusia 12 tahun itu kerana kali terakhir dia bermalam di kediamannya di Putrajaya pada April 2023.


Artikel Berkaitan : “Tak tahu apa dia nak” – Suami Miera Leyana Teruskan Tuntutan Nusyuz Terhadap Bekas Isteri

Artikel Berkaitan : “Adibah masih terkejut” – Suami Miera Liyana Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu

Screenshot 2023 10 02 182539

Jelas Adibah lagi, sebagai seorang ibu, sudah tentu dia gembira apabila mendengar keputusan Anisa yang mahu pulang bermalam dengannya selepas sekian lama tinggal dengan bapa, Rosland Othman.

“Selang beberapa hari selepas perbicaraan hadanah, Anisa ada hubungi saya untuk balik ke rumah saya di Putrajaya dan minta saya ambilnya di sekolah pada keesokan harinya. Saya ambil seperti diminta dan Anisa balik dan tidur di rumah selama 3 malam.”

Screenshot 2023 10 02 182511

Dalam isu hak penjagaan penuh dua anak perempuan mereka, Rosland, 50, selaku plaintif dalam kes itu telah mengusulkan penyelesaian secara baik bagi kedua-dua belah pihak.

Hakim Syarie Shamsuddin Hussain telah mendengar kes itu kemudiannya memerintahkan kes tersebut disambung semula pada 19 Oktober ini.

Sumber : mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.