Tragedi banjir besar di Indonesia sebulan lalu telah meninggalkan kesan yang amat besar buat penduduk, terutamanya mereka yang tinggal di Aceh.
Banjir besar yang melanda ini bukan sahaja memusnahkan kediaman penduduk, malah menyebabkan penduduk terputus bekalan makanan, elektrik dan komunikasi.
Menerusi perkongsian di media sosial, beberapa personaliti dilihat turut turun padang membantu mangsa banjir di Aceh dengan menyalurkan bantuan makanan asas.
Artikel berkaitan: “1 bulan lebih hidup macam ni…”- Nadzmi Adhwa Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Di Indonesia Raih Perhatian Ramai
Artikel berkaitan: Sebulan Bergelap Akibat Banjir, Aisar Khaled Bantu Salur Bekalan Elektrik Buat Penduduk Aceh Tamiang
Sebuah video yang dimuat naik oleh pelakon serta personaliti media sosial, Nadzmi Adhwa di Instagram telah meraih perhatian.
Menerusi video tersebut, Nadzmi Adhwa bersama isterinya, Ardell dilihat merentasi sungai di sebuah perkampungan di Aceh dengan menggunakan ‘sling’ ketika misi bantuan dijalankan.
View this post on Instagram
Walaupun cara untuk merentasi sungai itu agak berbahaya, pasangan suami isteri itu tetap meneruskannya demi membantu mangsa banjir di kawasan seberang.
Pada hantaran tersebut, Nadzmi Adhwa turut meluahkan rasa sedih tatkala melihat keadaan semasa yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di Aceh.
Katanya, ‘sling’ itu sajalah cara yang tinggal untuk menyeberangi sungai kerana jambatan yang menghubungkan kawasan tersebut sudah musnah akibat banjir.
“Tak sanggup dan remuk nak tengok keadaan semua. Kalau nenek-nenek ibu-ibu yang dah tua semua nak keluar masuk kampung naik sling ni? Jambatan yang menghubungkan jalan Ya Allah hancur semua. Hebat warga mampu buat sling ini untuk menyelamatkan diri. Semoga Aceh lekas sembuh.”- tulis Nadzmi di dalam kapsyen videonya
Sebelum ini, Nadzmi Adhwa turut memuat naik beberapa hantaran di media sosial menunjukkan dia dan pasukannya, Aryana Care, mengunjungi rumah mangsa banjir serta menyalurkan bantuan di Aceh.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang mendoakan keselamatan Nadzmi Adhwa dan Ardell serta memuji keberanian mereka membantu mangsa banjir di Aceh walaupun dalam keadaan berisiko.

Sumber: Instagram
