in

“Suami durjana” – Penjawat Awam Didakwa Rogol Serta Liwat Isteri Sampai 104 Kali & Cabul 3 Orang Anaknya

Collage 2

Tugas seorang suami dan bapa adalah untuk memberi kasih sayang dan melindungi isteri dan keluarga dari kejahatan luar. Tapi memang tak menghairankan kalau ada segelintir bapa dan suami sendiri yang buat angkara jahat dalam dunia sekarang ni. Which is scary…

Macam berita yang dilaporkan oleh Berita Harian ni, seorang penjawat awam yang bekerja sebagai pemandu Jabatan Perikanan baru-baru ini telah didakwa meliwat isterinya sendiri sebanyak 104 kali dalam masa 3 bulan serta cabul tiga anak perempuannya. Teruknya!

Difahamkan, insiden lelaki ini meliwat isterinya berlaku di rumah mereka di Sungai Siput sejak 1 Mac 2019 hingga 3 Jun 2019 sementara lelaki ini mencabul anak-anaknya pada 4 Mei hingga 7 Mei 2019 di rumah yang sama.

Kalau korang nak tahu, lelaki ini dikatakan meliwat isterinya sebanyak tiga kali dalam masa sehari tau! Nafsu binatang pun tak macam ni

Institutional Child Sex Abuse Pt1 Image 1044396634
Gambar hiasan

Lebih teruk lagi, anak-anak perempuan yang dia cabul tu baru berumur 5, 10 dan 12 tahun tau. Pemandu ini dikatakan telah memegang payudara dan punggung anak-anaknya sebelum menyuruh kanak-kanak ini menyentuh kemaluannya. Jijiknyaaa

Selepas isteri malang ini dapat tahu perbuatan jijik suaminya terhadap anak-anak barulah wanita ini membuat laporan polis dan lelaki ini ditangkap pada 16 Oktober lalu.

Chinapress1 2
Sumber: china press

Lelaki ini telah didakwa melakukan perbuatan-perbuatan jenayah seksual ini sebanyak 111 kali dan untuk kedua-dua jenayahnya ini, jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara selama 20 tahun dan menerima sebatan. Semasa sebutan kes, lelaki ini mengaku tak bersalah untuk semua dakwaan.

Allahu teruknya! Kalau betul dia salah, hopefully dia kena jatuh hukuman paling berat sekali. Kudos untuk isterinya yang berani buat laporan polis.

 

Baca: Abang Bernafsu Binatang Liwat Adik Perempuan 7 Tahun Ketika Ibu Keluar Bekerja

Screenshot 2019 11 01 At 12.56.40 Pm