Demi mengikut trend zaman sekarang, budak-budak remaja sudah berani mix and match pelbagai gaya sehingga admin tengok dah mengalahkan model antarabangsa.
Antara fesyen yang mendapat perhatian netizen sekarang ialah gaya remaja bernama Adam Keyoss di Instagram yang katanya telah dikecam sebab ‘ia terlampau unik dan lain daripada yang lain’.
“Sejak bila IKEA Cheras jadi pusat jagaan kanak-kanak istimewa?”
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen muat naik posting yang menampilkan OOTD remaja bernama Adam Keyoss yang sangat ‘unik’.
Sekali pandang macam gaya rempit tapi bila diamati, macam boleh masuk fashion show dah gaya dia posing tu. Macam manapun, netizen ni telah mengecam remaja terbabit dan menyamakannya seperti kanak-kanak OKU.
Malah ada juga komen netizen di Instagram yang mengatakan gaya remaja tersebut langsung tak menunjukkan ciri-ciri seorang lelaki muslim.
“Budak-budak ni ada kacau orang awam ke? Peliklah aku, disebabkan style diorang jeh korang kecam”
Tapi macam mana pun, remaja ini masih mendapat sokongan daripada netizen lain yang berpendapat gaya mereka tu menarik dan tak ada salah sebenarnya kalau nak berfesyen.
Apa-apapun admin sejujurnya tak kisah kalau korang nak berfesyen macam mana gaya sekalipun. Tapi dalam berfesyen tu berpada-padalah. Jangan sampai jadi buah mulut orang pulak kan…