in

Stress Kereta Lipas Masuk? TikTokers Kongsi Cara nak Hapuskan Guna 3 Bahan Ni Je

Lipas3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak perlu segan-segan, mesti ada antara korang yang kereta banyak masuk lipas kan? Ya lah, tak dinafikan ada antara kita jenis suka makan dan minum semasa memandu kan?


Jadi, tidak hairanlah kalau kereta kita masuk lipas, cuma nak cari lipas susah, kadang-kadang dia ada dicelah-celah kereta yang kita susah nak nampak dan nak buang, apatah lagi kalau korang ni jenis takut lipas kan?

Selain faktor kebersihan ia juga boleh membahayakan golongan-golongan yang takut lipas ini. Pokoknya, pada tahun 2018 ada kes seorang wanita di negara jiran terlibat dalam kemalangan kerana terkejut nampak lipas semasa memandu, lapor Astro Awani.

 

DIY cegah lipas dalam kereta menggunkan 3 bahan ini

Kaedah ini pernah viral, tetapi mungkin ada yang terlepas pandang, jadi sementara tengah masa duduk rumah ni, apa kata korang try cara yang dikongsikan menerusi akaun TikTok ni.

Hanya menggunakan 3 bahan yang ada di dapur rumah korang iaitu marjerin, susu pekat dan minyak masak yang telah digunakan kedalam satu bekas.

Letak di dalam kereta selama satu malam dan lihat hasilnya dekat video dibawah ini.

@chaaaxoxo

Perangkap lipas. Guna majerin, susu pekat, dgn minyak masak terpakai. Letak dlm kereta semalaman #perangkaplipas #fyp #lipas #tips

♬ good 4 u – Olivia Rodrigo

Jadi, lepas kaedah ini dah cuba, min nasihat boleh terus bersihkan dalam kereta korang kerana mungkin ada kesan-kesan makan atau minuman manis yang jadi penyebab lipas masuk kedalam kereta korang. Selamat mencuba!

 

Baca : Kajian: Lipas Kini Menjadi ‘Superbug’ &Semakin Kebal Dengan Racun Serangga 

Superbug

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.