in

Kajian: Lipas Kini Menjadi ‘Superbug’ & Semakin Kebal Dengan Racun Serangga

Cover 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang Malaysia, lipas terbahagi kepada dua kategori. Lipas yang berjalan dan tidak mengganggu orang sekeliling adalah tidak merbahaya. Manakala, lipas yang terbang adalah bahaya dan petanda anda perlu lari selamatkan diri daripada ‘diserang’.


Ada berita buruk buat anda penggeli dan pembenci lipas. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Purdue di Amerika Syarikat, lipas kini sudah berevolusi dan hampir mustahil untuk dihapuskan.

American Cockroach Crawling On A Wooden Table

Kajian tersebut dilakukan ke atas satu spesies lipas Jerman yang didedahkan kepada pelbagai jenis racun serangga selama 6 bulan. Hasil kajian mendapati lipas bukan sahaja mampu bertahan daripada bahan kimia, malah semakin kebal.

Selain itu, lipas juga dapat memberikan kekebalan yang sama kepada anak-anak yang dilahirkan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk membuktikan bahawa kekebalan lipas terhadap bahan kimia telah menjadi penghalang kepada kawalan serangga di Jerman semenjak tahun 1950-an.

Penyelidik untuk kajian ini (Mahsa Fardisi, Ameya D. Gondhalekar, Aaron R. Ashbrook dan Michael E. Scharf) berkata lipas telah berevolusi untuk bertahan daripada racun serangga, dan ia adalah isu yang sangat membimbangkan.

Download
Michael e. Scharf

Ini merupakan satu berita buruk buat mereka yang geli atau fobia kepada lipas. Jika racun serangga tidak lagi mampu untuk membunuh lipas, mungkin selepas ini anda perlu menggunakan kaedah lain pula seperti perangkap.

Hasil kajian turut mendapati bahawa penggunaan sejenis racun serangga sahaja sudah memadai untuk membunuh lipas. Manakala, penggunaan beberapa jenis racun serangga hanya akan membuatkan sistem imuniti lipas menjadi lebih tinggi dan kebal.

Why Do Some Cockroach Fly

Scharf berkata, seekor lipas betina mampu untuk menghasilkan 300 telur dalam seumur hidupnya. Jadi, agak sukar untuk membunuh serangga ini apabila mereka membiak dengan banyak dan mampu untuk berevolusi daripada segi imuniti dan ketahanan terhadap bahan kimia.

Scharf turut menasihati bahawa penggunaan kaedah lain untuk membunuh lipas adalah jawapan untuk menyelesaikan masalah ini. Ia mungkin bakal menggunakan modal yang tinggi, tapi lebih rendah daripada segi risiko untuk membuat lipas jadi lebih kebal.

Jadi, apa perasaan anda selepas membaca kajian dari Universiti Purdue ini?

 

Sumber: People

BACA: Baru Kahwin 3 Tahun Suami Fail Cerai Sebab Tak Tahan Pindah Rumah 18 Kali Gara-gara Isteri Takut Lipas

Capture 9

Sumber: Aiken

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.