in

Stress Akibat Banyak Tugasan Online, Internet Pula Tak Stabil, Pelajar Bertindak Bunuh Diri

Feat Suicide Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini, rata-rata alternatif yang digunakan untuk meneruskan kehidupan adalah melalui norma baharu iaitu perhubungan secara online untuk mengurangkan contact secara bersemuka dengan masyarakat di persekitaran.


Walaupun perhubungan atas talian ini kedengaran lebih moden dan menunjukkan masyarakat yang cakna dengan kecanggihan penggunaan teknologi dalam urusan pembelajaran mahupun pekerjaan, namun masih terdapat kesan negatif penggunaannya kepada sesetengah individu.

Hal ini berlaku disebabkan tidak semua orang mempunyai kemudahan akses penggunaan internet yang bagus di kawasan tempat tinggal.

Masalah capaian internet ini seterusnya menjurus kepada masalah untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru, pensyarah mahupun majikan sehingga menyebabkan boleh berlakunya tekanan kepada individu tersebut.

 

Bunuh diri gara-gara tugasan online

Seperti yang berlaku kepada seorang gadis ini yang telah nekad untuk menamatkan riwayatnya dengan meminum racun gara-gara stress melampau dengan tugasan online yang diberikan gurunya.

Menurut Kompas, gadis yang berumur 16 tahun itu merupakan seorang pelajar di SMA Gowa, Sulawesi Selatan. Dia dikatakan telah membunuh diri dengan meminum racun pada hari Sabtu, 17 Oktober lepas.

Menurut pihak berkuasa tempatan, dia disyaki membunuh diri disebabkan depresi yang dialami disebabkan banyak tugasan online dari sekolahnya.

 

Masalah capaian internet

Selain itu, gadis berkenaan juga dikatakan kerap mengadu kepada rakan-rakannya berkaitan masalah capaian internet yang dihadapinya di kampung.

Disebabkan masalah capaian internet di rumahnya itu, tugasan online daripada guru-gurunya juga menjadi semakin menimbun disebabkan dia tidak dapat untuk menyiapkannya dalam tempoh masa ditetapkan.

 

Rakam aksi bunuh diri

Apa yang lebih menyedihkan, gadis berkenaan yang dikenali sebagai MI itu juga turut merakam aksinya membunuh diri dalam sebuah video yang turut dijumpai.

Rakaman telefon bimbit yang berdurasi selama 32 saat itu menunjukkan detik-detik ketika pelajar berkenaan meminum racun rumput.

Pada ketika itu, keluarga MI berada di kebun dan hanya adiknya yang dikenali sebagai IR yang berumur 8 tahun sahaja yang berada di rumah.

Adiknya terkejut apabila mendapati jasad kakaknya yang terbujur kaku di bawah tempat tidurnya sebelum berlari keluar untuk memanggil ibu bapanya.

Mangsa ditemui oleh adiknya kerana pada ketika itu, seluruh keluarganya sedang berkebun.

Suicide 1

Selain itu, pihak polis juga menemui secawan teh yang berisi cecair berwarna biru serta botol racun rumput tidak jauh dari jasad mangsa.

Turut ditemui adalah telefon bimbit yang digunakan mangsa untuk merakam aksi bunuh dirinya.

Keluarga pelajar berkenaan telah menolak ujian autopsi dilakukan ke atas mayatnya dan gadis berkenaan telah dikebumikan pada pukul 4 petang waktu tempatan.

Feat Suicide 2 1

 

Depression bukan bahan gurauan. 

Baca: “Best friend aku baru tikam diri sendiri” – ‘Toxic Parents’ Jadi Punca Anak Nekad Tamatkan Nyawa Sendiri Baca Suicide

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.