in

“Best friend aku baru tikam diri sendiri” – ‘Toxic Parents’ Jadi Punca Anak Nekad Tamatkan Nyawa Sendiri

Feat Tikam

Kes kematian dalam kalangan golongan muda disebabkan depression semakin meningkat saban hari. Ada sahaja berita-berita yang keluar berkaitan mangsa bunuh diri disebabkan tekanan jiwa ini.

Selain daripada tekanan yang berpunca dari tempat kerja, sekolah, orang sekeliling, media sosial dan sebagainya, haa jangan tak tahu yang ibu bapa juga turut menjadi salah satu punca anak-anak mengalami tekanan jiwa.

Ramai ibu bapa zaman sekarang yang dikatakan toxic dalam mendidik anak-anak mereka. Walaupun niat mereka baik untuk mendidik anak supaya menjadi seorang individu yang berguna pada masa depan, namun ketegasan melampau ini dapat mencetuskan masalah depresi yang serius.

Anak-anak akan hidup dengan perasaan takut kepada ibu bapa sendiri sehingga mereka menjauhkan diri dari parents kerana tidak mahu menimbulkan masalah yang akan menyebabkan mereka didenda atau dimarahi dengan teruk.

 

Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk rakan saya

Tikam 1

Seperti video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok, individu itu telah mendedahkan bahawa salah seorang rakannya telah membunuh diri dengan menikam dirinya.

Kawan baik aku baru tikam diri dia dan dia baru sahaja meninggal dunia

Video yang diedit dengan menggunakan filter ‘MakeAFace’ itu mendapat sebanyak lebih daripada 280,000 views dan 1,000 comments.

 

Parents dia strict... Sikit-sikit salahkan dia

Tikam 2

Menurutnya, punca rakannya membunuh diri disebabkan tekanan yang dihadapi disebabkan sikap ibu bapanya yang toxic.

Malah individu ini turut menyenaraikan sebanyak 5 punca kematian rakannya melalui postingan video Tik Tok yang sama.

Punca utama rakannya itu membunuh diri adalah disebabkan sikap ibu bapa rakannya yang sangat tegas.

Selain itu, rakannya itu juga tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi meluangkan masa dengan kawan-kawan.

Bukan itu sahaja, setiap benda kecil yang terjadi, rakannya itu akan dipersalahkan dan dimarahi oleh ibu bapanya

Ibu bapa rakannya juga mahukan semua benda yang dilakukannya adalah sempurna tanpa sebarang kesilapan.

 

Menikam dirinya sendiri

Hal ini menyebabkan rakannya mengalami depresi yang teruk sehingga nekad untuk menamatkan riwayatnya sendiri.

Cara yang digunakan oleh rakannya itu untuk membunuh diri juga sangat menyayat hati iaitu dengan menikam dirinya sendiri.

Ya Allah, sedihnya… Mesti tak tertanggung perit yang dialaminya

Berdasarkan daripada kejadian ini, ibu bapa seharusnya bijak mendidik anak-anak dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Ibu bapa perlu meminta doa dari-Nya supaya hati anak-anak lebih lembut dan sentiasa mendengar kata.

 

Semoga hubungan kasih sayang dan saling menghormati antara parents dan anak-anak dapat mengelakkan masalah depresi terus terjadi. 

Baca: “Kami sendiri tak pasti apa sebenarnya yang berlaku” ; Keluarga Arwah Minta Netizen Henti Spekulasi Adik Bunuh Diri

Baca Tikam