in

STOP THAT DOT: HOMESOY Memperkasakan Wanita Di Malaysia Untuk Mencegah Kanser Payudara

Ft Homesoy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

HOMESOY, jenama susu soya terkemuka di bawah naungan Ace Canning Corporation Sdn Bhd, kini merasmikan pelancaran kempen HOMESOY 3.0 “STOP THAT DOT” untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara dan meningkatkan kesedaran mengenainya di kalangan wanita.

Selain memperkenalkan kepelbagaian penggunaan kacang soya, kempen ini juga menekankan kepentingan pengesanan dan tindakan awal. Ini merupakan agenda utama HOMESOY dalam mengurangkan risiko kanser payudara, khususnya di kalangan wanita Malaysia.


Antara detik simbolik ketika pelancaran kempen ini adalah pengenalan Pink Ball “STOP THAT
DOT”, mewakili sel kanser yang, jika tidak dikesan, boleh menular dan menjejaskan kesihatan.
Pengesanan awal ketika ia hanya sebesar titik sekalipun boleh menyelamatkan nyawa, dan
peluang pesakit untuk pulih sepenuhnya akan meningkat secara ketara.

461988173 955933883243915 7404562542305287996 N 1

Kempen HOMESOY 3.0 menampilkan sebuah filem daripada jenama berkenaan yang menyentuh perasaan, serta laman mikro yang akan menyampaikan maklumat penting kepada pengguna mengenai inisiatif ini.

Melalui laman mikro berkenaan, sesiapa sahaja dapat menyokong kempen ini dengan hanya
satu klik. Ini menunjukkan komitmen mereka dalam menggalakkan pengesanan awal dan
pencegahan kanser payudara.

Ketika majlis pelancaran di Le Meridien Petaling Jaya, Chang Wan Ping, Pengarah Pemasaran Ace
Canning Corporation Sdn Bhd, menekankan komitmen jenama berkenaan untuk menyokong
wanita Malaysia dalam perjuangan melawan kanser payudara.

“Di Ace Canning, kami sedia untuk menyertai golongan wanita dalam menghadapi perjuangan penting ini. Kanser payudara bukanlah hanya satu perjuangan individu; ia akan memberi kesan kepada ahli keluarga dan masyarakat. Melalui kempen ‘STOP THAT DOT’ dan inisiatif #ScanNowSpotEarly kami, kami ingin mengingatkan setiap wanita bahawa mereka tidak berjuang sendirian.

Pengesanan awal merupakan langkah berkuasa yang boleh menyelamatkan nyawa dan kami berharap inisiatif ini akan menggalakkan para wanita untuk mengambil langkah proaktif bagi menjamin kesihatan mereka.”

Wan Ping juga menekankan peranan HOMESOY 3.0 yang bukan sekadar susu soya yang
berkhasiat, “Semua produk HOMESOY, termasuklah HOMESOY 3.0, direka untuk memenuhi
selera masyarakat Malaysia sambil berfungsi sebagai penyokong kesihatan wanita.

Di samping  itu, melalui kerjasama kami dengan Cancer Research Malaysia (CRMY), kami sedia untuk membanteras maklumat palsu atau salah faham mengenai soya dan kanser payudara. Dengan membekalkan maklumat pemakanan yang lebih tepat, kami bertujuan untuk memperkasakan wanita supaya dapat membuat keputusan yang tepat untuk mencegah kanser.

Kami memberikan komitmen untuk membawa impak yang bermakna dan positif dalam perjuangan
ini!”

Inspirasi Dari Kisah Para ‘Survivor’: Pengajaran Daripada Kisah Sebenar

Teras utama kempen ini adalah sebuah filem jenama yang dihidupkan melalui penceritaan visual
dengan kerjasama rakan agensi HOMESOY, Asterisk Advisory. Mereka mengubah ‘STOP THAT
DOT’ menjadi satu inisiatif yang cukup bersemangat dan membawa impak besar bagi
meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara.

Filem ini menampilkan enam ‘survivor’ kanser payudara dari Malaysia dengan pelbagai latar belakang dan usia. Mereka akan berkongsi perjalanan peribadi mereka dan menekankan kepentingan pengesanan awal yang dapat menyelamatkan nyawa.

Antara wanita ini ialah Tan Chieu Mei. Kisahnya menekankan peranan penting yang dimainkan
saringan awal. Dalam satu babak yang menyentuh hati dari filem ini, dia meraikan hari jadi
bersama anak perempuannya, satu peringatan penting kepada semua untuk menghargai setiap
saat kehidupan dan jangan berputus asa. “Bagi saya, kemenangan sebenar saya adalah dapat
meraikan satu lagi hari jadi dan melihat anak saya membesar,” kata Chieu Mei.

“Kanser payudara memang merupakan satu kejutan bagi saya, tetapi pengesanan awal telah
memberikan saya peluang untuk melawannya. Saringan itu membolehkan saya bertindak
dengan pantas, dan untuk itu, saya sangat bersyukur. Saya menggesa setiap wanita untuk
mengutamakan kesihatan mereka dan menjalani ujian saringan. Sertailah gerakan ‘STOP THAT
DOT’—ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.”

Menurut Wan Ping, “Seperti wanita-wanita ini, kami ingin kongsikan ketabahan mereka dan juga
keyakinan bahawa pengesanan awal melalui mamogram merupakan langkah terbaik. Setiap
wanita yang pernah menghadapi kanser adalah seorang wira dengan cara tersendiri. Perjalanan
mereka boleh membawa harapan dan inspirasi kepada semua untuk mengambil langkah
proaktif terhadap kesihatan mereka.”

Peranan Soya Dalam Pemakanan

Melalui kerjasama dengan CRMY, Ace Canning meneruskan komitmennya terhadap pencegahan
kanser payudara dengan sumbangan tahunan sebanyak RM50,000 kepada CRMY untuk
menyokong penyelidikan mereka dalam memerangi kanser payudara. “1 daripada setiap 20
wanita Malaysia berisiko menghadapinya, jadi meningkatkan kesedaran sambil mempromosikan pencegahan dan pengesanan awal adalah satu tugas yang penting,” kata Wan Ping.

Menurut Kajian Malaysia Mengenai Kelangsungan Hidup Kanser, hanya dua daripada tiga wanita
Malaysia yang didiagnosis dengan kanser payudara berjaya mencapai tahap kelangsungan hidup
melebihi 5 tahun. Ini jauh lebih rendah berbanding negara Asia lain seperti Jepun, Korea, dan Singapura.

Walaupun faktor seperti umur, jantina, dan genetik tidak dapat diubah, wanita boleh membuat
perubahan gaya hidup yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara seperti melahirkan
anak sebelum usia 30, tempoh penyusuan yang lebih lama, mengelak daripada merokok,
mengekalkan gaya hidup sihat, dan mengamalkan pemakanan seimbang.

Profesor Dr. Cheong Sok Ching, Ketua Pegawai Saintifik Cancer Research Malaysia (CRMY)
menjelaskan semasa ceramahnya Bridging the Gaps in Breast Cancer Care, “Terdapat pelbagai
kajian yang menilai kesan produk soya atau isoflavon soya terhadap risiko kanser payudara, dan
sebahagian daripada kajian ini telah menunjukkan adanya kesan perlindungan.”

Cik Soo Sek Yow, Ketua Unit Pemakanan Soya Ace Canning mengulas dengan lebih lanjut, “Soya
mengandungi isoflavon iaitu sejenis fitoestrogen yang terkandung dalam tumbuhan. Isoflavon
bersaing dengan estrogen semula jadi, dan ini berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara.
Kami berhasrat untuk menyokong penyelidikan bagi membuktikan hubungan antara
pengambilan soya dan pengurangan risiko kanser payudara.”

Ketika bercakap mengenai Soya Nutrition and Breast Cancer: What the Evidence Shows, Soo
berkongsi maklumat berasaskan bukti untuk menangani salah faham mengenai soya dan kanser
payudara. “Kajian terkini, terutamanya dalam kalangan populasi Asia, telah menunjukkan
adanya hubungan antara pengambilan soya yang tinggi dan risiko kanser payudara yang lebih
rendah.

Walaupun kita masih memerlukan kajian lanjut untuk memahami mekanismenya secara
menyeluruh, penemuan ini menunjukkan bahawa pengambilan soya dalam diet yang sihat
mungkin dapat membawa manfaat dalam mengurangkan risiko kanser payudara,” jelas Soo.

“Di samping itu, kita perlu menentukan tempoh masa yang sesuai dalam kehidupan seorang
wanita untuk mengambil soya dan menetapkan jumlah yang disyorkan untuk mencapai kesan
perlindungan yang diingini. Di sinilah kita akan melihat kepentingan tugas yang dijalankan
Cancer Research Malaysia,” tambah Prof. Cheong Soo berkata, “Kuantiti protein soya yang tinggi akan mengandungi isoflavon soya yang tinggi. Susu Soya HOMESOY 3.0 dirumuskan dengan protein soya yang lebih tinggi dan diperkaya dengan serat diet, kalsium, dan vitamin A dan D, sambil menawarkan susu soya yang enak tanpa memerlukan gula tambahan.”

Saringan Dan Pengesanan Awal: Kerjasama dan Usaha Mempromosikan Kesedaran
Kehadiran titik kecil ini mungkin mudah untuk anda terlepas pandang, tetapi ia tak akan
terlepas apabila anda #ScanNowSpotEarly melalui mamogram. Untuk memaksimumkan
jangkauan dan impak kempen ini, HOMESOY telah bekerjasama dengan lebih daripada 20
hospital swasta untuk menawarkan pek percuma susu Soya HOMESOY 3.0 bagi setiap
pendaftaran saringan payudara sepanjang tempoh kempen ini.

Bermula 7 Oktober sehingga akhir bulan, HOMESOY 3.0 akan merancakkan kempen ‘STOP
THAT DOT’ dengan sokongan daripada pelbagai rakan kongsi, termasuklah jenama runcit dan
bukan runcit. Bersama dengan HOMESOY, rakan kongsi ini akan membantu menyebarkan
mesej kepada lebih ramai penduduk bagi mempromosikan kesihatan dan memperkasakan
mereka, lantas menekankan kepentingan langkah-langkah kesihatan yang proaktif.
Jangan Tunggu, Gerak Dahulu!

HOMESOY 3.0 menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai gerakan ‘STOP THAT DOT’.
Sama ada dengan menggalakkan orang tersayang menjalani saringan, berkongsi mesej dengan
ahli masyarakat di sekeliling, atau memberikan sokongan melalui saluran dalam talian, setiap
tindakan anda adalah penting dalam perjuangan melawan kanser payudara. “Pengesanan awal
bukan sahaja penting—ia dapat menyelamatkan nyawa. Seperti yang dibuktikan oleh kajian,
pengambilan susu soya dalam diet anda mungkin dapat membantu mengurangkan risiko kanser
payudara,” kata Soo.

“Di HOMESOY, kami memberikan komitmen untuk memperkasakan golongan wanita untuk
menjaga kesihatan mereka melalui keputusan yang bijak dan proaktif demi masa depan yang
lebih terjamin. Kami harap anda semua akan turut serta dalam usaha ini, kongsikan mesejnya,
dan bantu semua orang tersayang untuk “#ScanNowSpotEarly”, tambah Wan Ping.
Maklumat lanjut mengenai kempen “STOP THAT DOT” dari HOMESOY boleh dilihat di
http://www.stopthatdot.homesoy.my. Untuk maklumat lanjut mengenai HOMESOY,
HOMESOY 3.0 dan Ace Canning Corporation, sila layari http://www.homesoy.my

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.