in

Stok Ubat Habis, 40 Warga Emas Malaysia Terkandas Di Hatyai Mohon Bantuan

banjir hatyai 40 warga emas terkandas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banjir yang berlaku di Hatyai, Thailand menyebabkan ramai pelancong dari Malaysia masih lagi terkandas di bandar itu.

Dilaporkan, seramai 40 warga emas dari Kelab Warga Emas Pontian masih lagi terkandas di sana tanpa sebarang perkembangan mengenai pemindahan keluar.


Lebih merisaukan, beberapa warga emas dalam kumpulan itu menghidap penyakit kronik kini kehabisan stok ubat seperti darah tinggi dan ubat jantung.

“Tiada usaha daripada pihak kedutaan Malaysia atau kerajaan Thailand setakat ini. Kami dimaklumkan proses pemindahan mungkin mengambil masa.

“Ketiadaan elektrik dan liputan telefon menyukarkan komunikasi dengan pihak luar, termasuk untuk mendapatkan bantuan kecemasan,” kata wakil kumpulan, Saryati Suwarno, 54.

Artikel berkaitan: Banjir Hatyai: ICQS Sesak, Rakyat Malaysia Berpusu-pusu Pulang Ke Tanah Air

Artikel berkaitan: “Ramai tuduh saya scammer… Tapi ada yang bantu” – Lily Suraini Ucap Terima Kasih, Ramai Bantu Keluarga Terkandas Dalam Banjir Hatyai

3349944

Seorang lagi mangsa, Baharom Darkon, 63, merayu agar pihak kedutaan Malaysia membantu mempercepatkan proses membawa keluar warga emas yang semakin cemas menunggu bantuan.

Setakat ini katanya, pihak hotel ada menyediakan bekalan makanan dan bekalan eletrik sekitar 20 minit menerusi generator untuk membantu mangsa bertahan sementara menunggu bantuan rasmi.

Sementara itu, Pengurus Besar Cuti-Cuti Langkawi Sdn Bhd, Baharin Baharom memaklumkan dia bersama 10 kakitangan syarikat itu masih tidak dapat bergerak dari hotel kerana paras air yang masih tinggi.

Katanya, sebahagian besar sekitar kawasan hotel sudah ditenggelami air, ditambah pula bekalan elektrik terputus sejak malam tadi.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.