in

“Steady lah dato!” – Siap Kena Baling Telur, Faizal Azumu Berlakon Drama Ratu Ten Pin 2?

Faizal Azumu Berlakon Ratu Ten Pin 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya para menteri di Malaysia ini bukan saja berbakat dalam mentadbir kerajaan namun mereka ada juga bakat seni terpendam yang ramai tak tahu.


Kalau sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pernah viral sering berlakon beberapa short film, kali ini giliran Menteri Belia & Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu pula muncul berlakon dalam satu drama.

Peja berlakon drama Ratu Ten Pin 2? 

Menerusi video yang dikongsikan Instagram Astro AWANI, Faizal dilihat mempertahankan ‘Shalin Zulkifli’ lakonan Jasmine Suraya daripada diserang sekumpulan lelaki membaling telur.

Klip berkenaan merupakan babak di dalam drama bersiri Ratu Ten Pin 2 terbitan JS Pictures yang berkisarkan mengenai sukan boling dan inspirasi kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli.

Menerusi posting itu juga didedahkan bahawa Faizal merupakan ‘penampilan khas’ di dalam episod tersebut sebagai Pak Peja. Wah wah… 

“Boleh lawan KJ ni…” 

Rata-rata netizen meninggalkan komen terkejut dan bagai tidak percaya menteri berkenaan juga berlakon di dalam drama tersebut. Fuh lakonan nampak real! 

Pandaipeja

Bagi yang ingin menonton Ratu Ten Pin 2: Shalin, korang boleh tonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria atau Astro Go.

Drama ini dilakonkan oleh Jasmine Suraya, Yusuf Bahrin, Elisya Sandha, Nazim Othman, Sheila Rusly dan ramai lagi.

Baca: “Sorakan penyokong buat pemain hilang fokus” – Menteri Belia & Sukan

Pejaaja

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.