in

Status Merah, Keluarga Terpaksa ‘Lepaskan’ Ibu Masa Pergi Bercuti Gara-gara Lupa ‘Check Out’

Ft Lupa Chek Out Ms 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya kita semua sedia maklum mengenai masalah fungsi check out dalam aplikasi MySejahtera iaitu terlupa untuk menekan butang tersebut dan ada yang mencecah berhari-hari.


Perkara yang sama juga turut dilalui oleh ibu kepada Eyra Zaharah ini dimana ia memberi kesan kepada mereka sekeluarga yang sepatutnya menjadi detik manis.

Harap insiden mereka ini dapat dijadikan pengajaran agar tidak memandang enteng terhadap fungsi tersebut.

 

“Hancur Holiday”

Mereka sekeluarga ingin bercuti, mereka gunakan perkhidmatan penerbangan untuk ke destinasi, namun begitu urusannya tergendala apabila si ibu ‘tersangkut’ kerana tak perasan status MySejahtera rupa-rupanya dah bertukar jadi merah.

@eyra.zara

Takpe nanti belanja mama abah sekali lagi #fyp #fypシ #fypage

♬ original sound – bigboss – bigboss

Menurutnya, punca kejadian ini adalah si ibu terlupa untuk menekan ‘check-out’ di MySejahtera selama hampir dua minggu. Dalam status tersebut ibunya diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah kerana didakwa ada kontak rapat dengan seseorang ketika berada di premis yang dikunjunginya.

“Lupa check-out MySejahtera hampir 2 minggu, biasalah mama cuma reti check-in je.”

Kata Eyra lagi, tiada seorang pun ahli keluarganya yang periksa sebelum ini, ia telah menjadi satu urusan sukar ketika mereka sekeluarga dalam kapal. Pada mulanya, mereka ingatkan yang isu ini boleh diselesaikan, namun…

“Kami semua keluar nak tolong mama tapi nama semua dah announce.”

Tetapi ayahnya dapat keluar untuk bantu ibu mereka, namun ‘gate’ dah tutup, disebabkan itu mereka sekeluarga terpaksa meneruskan penerbangan tanpa ibu bapa dan tempat duduk terbiar kosong.

Lupa Chek Out Ms 2 Lupa Chek Out Ms 3

Dengan apa yang terjadi kepada mereka sekeluarga ini, Eyra menasihati orang ramai agar sentiasa peka untuk semak MySejahtera sekurang-kurangnya seminggu sebelum berlepas.

Mungkin kita tahu ia kemungkinan masalah teknikal, jadi itu sebablah penting kena semak agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera supaya urusan perjalanan dapat dipermudahkan.

Video ini telah meraih lebih daripada 413,000 jumlah tontonan dan 19.2K jumlah tontonan dalam masa 3 hari ia dikongsikan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga dan ada juga netizen yang sedar dan terus sentiasa semak aplikasi tersebut.

 

Kesiannya, ingatkan benda remeh – Netizen

Lupa Chek Out Ms 4 Lupa Chek Out Ms 5

Tak dapat bayangkan kalau benda ni jadi kat min, memang sebak, sedih semua, yelah kita ni nak entertain mak, tapi dia tak dapat nak join lepas kita pula tak dapat nak tolong dia masa tu.

 

Baca : “Anggap berada di mana-mana tempat sepanjang malam jika anda lupa untuk “check out”? Tidak” – KKM

Ft Kkm Respon Checkout Ms

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.