Kalau dilihat di media sosial, kes penderaan membabitkan seorang remaja perempuan Sindrom Down bernama Bella hangat diperkatakan. Nama Siti Bainun pula habis dikecam orang ramai sehinggakan barisan peguam yang mewakili pengasas Rumah Bonda itu turut terkena tempiasnya.
Baru-baru ini pula, gambar yang dimuat naik Peguam Hafidzah Hassan di akaun Facebook miliknya menerima kecaman hebat pengguna media sosial kerana ada yang berpendapat wajah barisan peguam yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali, 30, kelihatan gembira meskipun wanita itu dituduh mengabai dan menganiaya Bella sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Jika sebelum ini Lobak Merah pernah melaporkan mengenai selebriti Izara Aishah yang mengulas kes membabitkan Bella, kes ini juga telah mendapat perhatian YAM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam iaitu isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor.
“I will do everything with the power that I have to get justice for Bella.”
Menerusi satu posting di laman Instagram miliknya, YAM Che’ Puan Khaleeda juga ada mengulas mengenai isu Bella.
Menulis panjang lebar, YAM Che’ Puan Khaleeda berkata dirinya akan melakukan apa sahaja termampunya bagi menuntut keadilan buat Bella selain mengutuk tindakan mereka yang menggangap boleh lari selepas mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak yang lemah.
“You can hide behind your army of lawyers but karma will eventually hit you so hard in this dunya and the hereafter,” tulisnya.
Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Menurut saksi yakni penghuni Rumah Bonda pula, dia dan seorang lagi penghuni turut diarahkan untuk memukul Bella selain mendakwa Siti Bainun mendera remaja perempuan terbabit setiap hari selama hampir empat bulan.
Siti Bainun turut didakwa mendera Bella dengan cara menjirusnya dengan air panas, mengikat dan memberi cili padanya.
Sumber: IG @ymchepuankhaleeda
Baca: “Peguam Muslim kena pegang asas Islam kan?” – Izara Aishah Ulas Kes Bella