in

Staf Lenovo Sunway Pyramid Tipu Pelajar RM150 Untuk ‘Periksa’ Laptop Sahaja

Lenovo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kita hidup di zaman serba serbi canggih, tidak semua di antara kita bijak IT. Bagi yang mempunyai masalah dalam hal ini, mereka sudah pastinya akan merujuk kepada orang yang lebih arif dalam mengendalikan masalah berkaitan teknologi.


Namun tidak semua orang yang kita harapkan itu jujur, malah pada akhirnya kita pula ditipunya hidup-hidup. Ceh! Tak sangka betul!

Sunway Pyramids Lenovo Staff Scammed Foreign Student For Looking At Her Laptop World Of Buzz 2
sumber: world of buzz

Kisah malang ini telah menimpa Jia Hou dan sahabatnya yang mana mereka telah diperdaya oleh salah seorang staf yang bekerja di Lenovo Sunway Pyramid.

Daripada emel yang diterima WORLD OF BUZZ, Jia Hou menceritakan, “Saya mempunyai seorang kawan kolej yang berasal dari China dan kini dia menuntut di Kolej INTI, Subang. Pada satu hari, tiba-tiba sahaja laptop Lenovonya tidak berfungsi.”

Setelah dicuba berapa kali, laptop tersebut tidak boleh dihidupkan. Akibat buta IT, dia tiada cara lain dengan terpaksa membawa laptop tersebut ke kedai untuk dibaiki. Pada fikirannya, lebih baik jikalau dia membawa laptop tersebut ke kedai asal jenama laptop itu oleh kerana ia lebih dipercayai.

“Kawan saya beri mereka laptopnya untuk diperiksa. Namun setelah ia diperiksa, staf di situ mengatakan yang dia perlu membayar RM150 untuk ‘caj periksa’ hanya kerana laptop tersebut telah disentuh mereka.

Disebabkan laptop tersebut berada di tangan mereka, kawan Jia Hou yang berseorangan pada ketika itu terpaksa bersetuju dengan bayaran tersebut. Malah mereka juga dengan beraninya memberitahu gadis malang itu untuk membayar RM600 jikalau laptop itu berjaya dibetulkan. Cekik darah betul!

“Rakan saya seterusnya menghubungi saya dan meminta saya bercakap dengan staf di situ. Staf itu memberitahu yang setiap syarikat mengenakan caj yang berbeza-beza. Mereka mungkin boleh memperbodohkan rakan saya, namun saya tidak pernah dengar apa-apa mengenai ‘caj periksa’ sebelum ini.”

Melihatkan situasi yang bertambah pelik, Jia Hou bertegas untuk mengetahui nama kedai tersebut.

“Mereka berdalih dalam memberitahu nama kedai dan bertanya mengapa saya ingin tahu nama kedai mereka pula. Bila saya menyoal mereka sekali lagi, mereka terus mengatakan bahawa mereka akan mengembalikan laptop itu semula dan menghalau rakan saya keluar dari kedai itu dengan biadap.

Pun begitu, laptop rakan Jia Hou masih tidak dikembalikan dan dia pula diminta menunggu 20 minit lagi. Risau dengan situasi sahabatnya, Jia Hou bergegas ke Sunway Pyramid untuk memeriksa keadaan dan meleraikan masalah itu.

“Dia memberitahu saya yang dia sudah menunggu selama satu setengah untuk laptop tersebut dikembalikan kepadanya dari ‘pejabat’ mereka. Dan apabila laptop itu dikembalikan dari ‘pusat servis’, rakan saya menyoal, ‘Tadi cakap lima minit saja nak ambil laptop tu, kenapa sekarang satu jam setengah?‘”

Staf Lenovo itu terus menjawab, “Kami ada ramai lagi pelanggan yang kami kena layan, bukan kamu seorang saja!” Biadap sungguh!

Walaupun begitu, Jia Hou dan sahabatnya tidak mahu membayar RM150 tanpa sebarang sebab. Mereka akhirnya berjaya menawar ke harga RM80 hanya untuk mendapatkan laptop itu semula. Laptop itu seterusnya dibawa ke Digital Mall untuk diperbaiki. Namun bila ditanya mengenai ‘caj periksa’ kepada pekerja di sana, mereka hanya diketawakan. Sah-sah kena tipu! 

Sunway Pyramids Lenovo Staff Scammed Foreign Student For Looking At Her Laptop World Of Buzz
sumber: world of buzz

Hal ini tidak berakhir di situ sahaja. Jia Hou juga ada menghantar mesej aduan kepada Facebook Lenovo dan kini pihak Lenovo Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai hal tersebut. Lenovo juga mengesahkan bahawa mereka sudah pastinya tidak mengamalkan etika kerja sebegitu dan mereka akan memastikan langkah-langkah yang sepatutnya diambil, termasuklah menghubungi pihak yang terlibat. Kantoi!

Nampaknya tak boleh buta IT lagi lah ni. Kena buat-buat pandai juga…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.