in

“Saya redha, cuma saya rindu” – Ramai Sebak Lepas Baca Permintaan Wanita Ini

Edit Gambar Arwah Anak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan orang yang tersayang bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk ditempuhi, walaupun ia sesuatu yang menyedihkan namun sebagai manusia biasa kita harus berdamai dengan takdir.


Baru-baru ini, seorang ibu berkongsi dia telah kehilangan anaknya ketika anak syurga itu baru sahaja berusia 2 tahun dan tahun ini kanak-kanak itu septatunya berusia 13 tahun.

Namun apa yang membuatkan ramai netizen sebak ialah apabila ibu tersebut meminta netizen dalam group Facebook Edit Apa Hari Ini untuk menyunting gambar arwah anaknya itu seperti seorang remaja.

Fbss

“Saya redha, cuma rindu…” 

Dalam posting tersebut pengguna Facebook itu meminta ahli group tersebut untuk menyuntingnya gambar anaknya yang difahamkan telah meninggal dunia ketika berusia 2 tahun disebabkan penyakit barah.

Posting tersebut mendapat perhatian netizen ramai yang membantu wanita tersebut untuk ‘melepaskan rindu’ kepada anak syurganya itu, malah ramai juga yang mengucapkan salam takziah kepada ibu tersebut.

Fbss2 1

Setakat artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat lebih 600 komen serta lebih 100 shares, apa yang lebih mengharukan ialah apabila wanita tersebut berterima kasih kepada semua yang telah membantunya melepaskan rindu kepada anaknya itu.

Al-Fatihah…

Baca: “Edit ke ni?” – [VIDEO] Bandar KL Sunyi Sepi? Tiktok Lelaki Undang Persoalan Netizen

Ssgafsda

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.