in

SPRM Padam Video & Perjelas Mesej Sebenar PSA Viral ‘MC Boleh Jadi Rasuah’

Ft Sprm Buang Video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video pengumuman perkhidmatan awam (PSA) yang bertajuk ‘MC boleh menjadi rasuah’ oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendatangkan kemarahan netizen.


Selain menyatakan situasi yang dianggap kurang bersusuaian dengan keadaan sebenar jenayah rasuah di Malaysia, ia dianggap merendahkan integriti dan kredibiliti doktor-doktor di Malaysia.

 

Tidak berniat nak menjatuhkan – SPRM

Isu tersebut mula timbul apabila Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) tampil memberikan respon dengan mengkritik iklan tersebut.

Ketuanya, Dr Koh Kar Chai menempelak agensi kerajaan itu supaya menggunakan contoh lain dalam memberikan pesanan khidmat masyarakat kepada umum, lapor Malaysiakini semalam.

Berikutan itu, video yang mula ditayangkan pada 4 Januari tersebut kini telah dipadamkan dan pihak SPRM tampil memberikan keterangan, berhubung isu tersebut.

Mengambil maklum terhadap respon daripada MMA, SPRM menjelaskan bahawa video yang diterbitkan itu bertujuan untuk mendidik masyarakat serta memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perubatan menawar, memberi dan menerima rasuah.

“Dalam konteks video ini, ia merujuk kepada isu pemberian sijil cuti sakit palsu (MC) dan contoh ini berdasarkan situasi benar yang pernah disiasat oleh pihak PDRM, menerusi aduan yang diterima daripada pihak majikan dan orang awam kepada suruhanjaya ini.”

SPRM turut menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk menjatuhkan atau mempersoalkan profesionalisme pakar atau pengamal perubatan dalam isu berkenaan.

Sehubungan itu, SPRM mengambil keputusan untuk menurunkan video tersebut demi menjaga sensitiviti dan keharmonian semua pihak.

 

Baca : “Siapa yang berkorban lawan Covid dulu?” – Persatuan Doktor Kritik Iklan ‘Rasuah MC’ SPRM

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.