in

Spa Songsang: 171 Lelaki Dibebaskan, Menteri Agama Jelaskan Sebab Sukar Kenakan Pertuduhan

spa songsang sukar dikenakan tindakan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah spa di kawasan Chow Kit kerana disyaki terlibat aktiviti songsang telah dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak pihak mahkamah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, perkara ini berlaku kerana pihak berkuasa berdepan cabaran besar untuk mendakwa kes terbabit disebabkan kekurangan bukti dan ketiadaan aduan rasmi.


Beliau berkata, dua kertas siasatan telah dibuka masing-masing di bawah Kanun Keseksaan dan undang-undang syariah susulan serbuan itu.

Menerusi siasatan polis, kes ini disiasat di bawah Seksyen 377 dan 372 Kanun Keseksaan, manakala dari sudut perundangan syariah, JAWI menyiasat kes ini di bawah Seksyen 25 (perbuatan tidak bermoral) dan Seksyen 47 (percubaan melakukan perbuatan tidak bermoral).

Artikel berkaitan: Mahkamah Tolak Permohonan Reman 171 Lelaki Yang Ditahan di Spa Chow Kit

Artikel berkaitan: 17 Penjawat Awam Antara 201 Lelaki Ditahan Lakukan Aktiviti Hubungan Songsang

011225 Aktiviti Songsang Bebas

Pembuktian kes sukar dibuat sebab…

Bagaimanapun, JAWI masih menjalankan siasatan terhadap warga tempatan yang ditahan.

“Siasatan masih berjalan. Namun dari sudut pembuktian agak mencabar kerana kes seperti ini memerlukan dua orang tampil membuat aduan. Dalam kes ini, kedua-duanya tidak membuat laporan,” katanya.

Jelasnya lagi, ketiadaan aduan rasmi dan kesukaran mendapatkan keterangan yang memenuhi standard pembuktian undang-undang menyebabkan pihak berkuasa berdepan jalan buntu untuk membawa mana-mana individu ke muka pengadilan, meskipun isu tersebut mencetuskan kebimbangan awam.

Tambahnya, naratif tular di media sosial tidak boleh dijadikan asas pendakwaan tanpa bukti kukuh dan prosedur undang-undang yang lengkap.

Justeru, pihaknya akan terus mempergiat usaha pencegahan serta mendidik masyarakat mengenai kesalahan moral dan seksual yang bercanggah dengan nilai agama.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.