Bekas suami kepada Nora Danish iaitu Nedim Nazri kini menjadi perhatian netizen di Threads setelah membaca hantarannya sejak semalam.
Dalam hantaran itu, Nedim dilihat seperti sedang meluahkan rasa amarah terhadap seseorang yang terdekat dengannya.
Artikel berkaitan : Masalah Kewangan Bukan Punca Nora Danish & Nedim Nazri Bercerai
Artikel berkaitan : Nedim Tunai Janji, Biaya Rawatan Bayi Eczema di Pusat Perubatan Swasta
Nedim memulakan perkongsian dengan memberikan pesanan sinis kepada netizen untuk tidak terlalu percaya kepada orang yang kita adore di media sosial. Biarpun ia tidak ditujukan kepada semua, Nedim menyifatkan ada wanita yang bertudung ini tidak boleh dipercayai dan kaki penipu.
Bahkan, Nedim menyatakan dia berani memberikan kenyataan tersebut kerana mempunyai bukti dan difahamkan amarahnya itu diluahkan kerana ia dikatakan berkait dengan anak.
 
  
 
Di samping itu, Nedim tidak gentar jika tindakannya ini membuatkan pihak yang dimaksudkan itu cuba mengheretnya ke mahkamah.
Menjengah ke ruangan komen, biarpun ramai netizen tidak dapat kepastian siapa orang yang dimaksudkan Nedim, ramai yang memberikan sokongan moral buatnya kerana cuba mempertahankan anak.
Sumber : Threads
 
					 Izuan Jelani
							Izuan Jelani
					