in

“So proud of you!” – Khairul Aming Bangga Kini ‘Turn’ Rakan, Azfarheri Pula Ada Kilang Sendiri!

Page Azfar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang selalu follow update Khairul Aming mesti tahu yang dia pun berkawan baik dengan Azfar Heri kan?

Khairul Aming merupakan influencer yang terkenal dengan video memasak turut berkongsikan berita gembira kepada orang ramai apabila berjaya buka kilang pembuatan Sambal Nyet miliknya pada Mac lalu.


Selepas tiga bulan, kini rakannya iaitu Azfar Heri yang juga merupakan influencer turut ikut langkah Khairul Aming dengan membuka ‘physical store’ untuk produk lilin miliknya iaitu, Nyala. Berita gembira itu dikongsikan di Instagram @azfarheri.

https://www.instagram.com/p/Cei96ZAh1mO/

Lebih mengharukan apabila Azfar mendedahkan bahawa bisnes lilinnya bermula hanya secara online dan kini orang ramai boleh datang sendiri untuk bau lilin-lilin yang dijual. Bukan tu je, dia turut berterima kasih kepada pasukannya kerana turut bertungkus-lumus dalam menjayakan Nyala.

“One year later, here you are”

Sehari selepas berita gembira itu dikongsikan kepada orang ramai, Azfar turut memuat naik thread di Twitter @Azfarheri dengan menceritakan perincian kilang Nyala miliknya yang terletak di Ampang.

Nyala New

Tweet itu turut mendapat perhatian apabila Khairul Aming turut meluahkan rasa gembira dan bangga terhadap Azfar dengan quote kepada thread tersebut selepas setahun berusaha untuk menjayakan impiannya.

Khairul

Difahamkan store Nyala itu akan dibuka secara rasmi pada Sabtu ini (11 Jun 2022) bermula jam 11 pagi hingga 6 petang dan orang ramai juga boleh menikmati air teh hijau yang turut popular iaitu Ijo Matcha.

Macam best je… Confirm ramai yang excited kan? Apa-apa pun, tahniah Azfar!

Baca: “Benda paling ditakutkan akhirnya terjadi” – Azfar Heri Sekeluarga Positif Covid-19

Untitled 2 6

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.