in

“So, betullah Pak Arab suka bagi hadiah eh?” – Super Junior Dapat Hadiah Duit, Jam Rolex & Emas Dari Peminat Saudi

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu ‘lumrah’ menjadi selebriti adalah dorang akan dihujani dengan hadiah dari peminat. Tapi, tak ramai yang boleh lawan ‘kemurahan hati’ peminat dari Arab Saudi dalam bab bagi hadiah ni.



Kalau korang nak tahu, baru-baru ni kumpulan K-pop terbesar, Super Junior telah mengadakan konsert di Jeddah sebagai sebahagian dari lokasi “Super Junior World Tour ‘Super Show 7S”.

Menurut WORLD OF BUZZ, Super Junior merupakan kumpulan K-pop pertama yang mengadakan konsert di negara tersebut dan peminat di sana memang teruja nak menyambut kedatangan mereka hingga dorang sediakan hadiah-hadiah yang ‘tak masuk akal’ untuk kumpulan ini. Jom tengok apa hadiah-hadiahnya.

1. Beli papan iklan skrin LED terbesar di dunia

Suju1

Seorang peminat yang dikenali sebagai E.L.F.s telah menyediakan koleksi hadiah yang mewah dan lumayan untuk kumpulan kegemarannya termasuk iklankan konsert kumpulan ini di skrin LED terbesar di dunia. Amboi sanggup eh?

2. Jam tangan Rolex dan emas

K Pop Band Super Junior Received Saudi Oil As A Gift From Saudi Arabian Fans World Of Buzz

Ahli kumpulan Super Juniors, Lee Teuk dan Hee Chul juga telah menerima brooch emas dengan nama dorang dan jam tangan Rolex sebagai hadiah hari jadi. Fuh dahsyatlah peminat kat sana!

3. Batu volkano dan minyak arab

Suju3

Bukan tu je, peminat-peminat dekat sana telah kumpulkan duit untuk buat gelang unik yang dibuat dari batu volkano dan tong mini bersalut emas berisi minyak. Scarynya, jangan minyak senyonyong sudahlah.

4. Bunga yang dibalut dengan duit

K Pop Band Super Junior Received Saudi Oil As A Gift From Saudi Arabian Fans World Of Buzz 3

Ya, sampai ke situ obsesnya dorang ni. Dah lah sanggup bayar tiket mahal untuk dorang lepastu siap bagi bunga balut wang kertas lagi. Betul-betul all out ni.

Ish sanggup betullah dorang ni spend duit semata-mata nak gembirakan artis kesukaan dorang. Padahal kalau tiket sold out pun dorang dah bersyukur dah

 

Baca: Fans Kpop Bawa Bertenang! Ini Pendedahan Kes Skandal ‘Bapa Ayam’ Seungri Big Bang Yang Korang Perlu Tahu

Screenshot 2019 07 15 At 3.18.02 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.