in

“Skill level Avengers” – Atlet Memanah Malaysia Dapat Pujian, Berjaya Singkirkan Finland & China

Sukan Memanah Atlet Msia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun Malaysia kini belum mendapat sebarang pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020, beberapa aksi atlet dari negara kita yang amat membanggakan telah menarik perhatian netizen hari ini.


Antaranya ialah atlet memanah, Khairul Anuar Mohamad yang telah menempah slot ke pusingan 16 acara recurve lelaki apabila berjaya mengatasi wakil Finland dan China, pada pagi tadi.

220182208 4462745380431997 5292351781270647611 N

Menerusi perkongsian Twitter Team Malaysia, aksi Khairul Anuar berdepan dengan wakil China, Wang Dapeng dilihat cemerlang selepas dia dapat mengumpul 10 mata menerusi penentuan shoot-off yang mana sekaligus membawa nama Malaysia ke pusingan seterusnya.

 

“Archery skill level Avengers betul” 

Kejayaan Khairul Anuar telah mendapat pujian netizen di Twitter yang rata-rata menyamakan skill memanah atlet ini dengan watak Clint Barton atau Hawkeye dalam siri Avengers. Uish hebat tu! 

Barton

 

Dining hall MSN Malaysia riuh sambut kejayaan Khairul

Pada masa yang sama, kejayaan Khairul juga disambut riuh oleh para atlet di dining hall Majlis Sukan Negara yang bangga dengan aksi cemerlang dipamerkannya.

Apa-apapun marilah kita sama-sama doakan semoga atlet kita terus mara ke final dan berjaya merangkul pingat pertama buat negara! All the best Malaysia! 

Baca: Dipanggil Bangsa Memanah, Ini Sebab Korea Sapu Bersih Pingat Emas Sukan Memanah Setiap Olimpik

Archery Korea

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.