in

Skandal Adik Najib Pulak Didedahkan

Page Nizam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kerajaan lama digulingkan, perhatian tertumpu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan terlibat dengan penyelewengan 1MDB. Kali ini ada lagi pendedahan baru tapi melibatkan adik Najib pula iaitu Datuk Mohamed Nizam Razak.


Nizam
sumber: berita harian

Menurut Malaysiakini, Nizam adalah antara mereka yang dinamakan sebagai pemilik sebuah syarikat luar pesisir dalam dokumen baru yang bocor daripada firma undang-undang berpangkalan di Panama, Mossack Fonseca.

Di dalam dokumen tersebut menunjukkan bahawa adik PM itu sebagai pemilik berkepentingan (BO) syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands (BVI), Everbright Universal Holdings Limited yang menggunakan penyedia perkhidmatan kewangan Credit Suisse Trust Ltd (Singapura) sebagai perantara.

Walau bagaimanapun, dilaporkan bahawa pendedahan ini tidak mencerminkan apa-apa salah laku di pihaknya.

Menurut rekod yang bocor, anak ketiga Tun Abdul Razak Hussein ini mendakwa pada September 2016 bahawa Everbright adalah syarikat pemegang pelaburan hartanah yang beroperasi terutamanya di Amerika Syarikat dan dibiayai melalui pinjaman tetapi tiada butiran lanjut mengenai aset dan liabiliti firma dinyatakan.

Nizam 1 1
sumber: the star

Difahamkan Nizam telah ditandai oleh Mossack Fonseca sebagai individu yang terdedah kepada politik (PEP) kerana mempunyai pertalian dengan Najib.

Penetapan PEP digunakan dalam industri perkhidmatan kewangan untuk menggambarkan orang yang berada di pejabat awam yang terkemuka serta anggota keluarga dan sekutunya.

Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada Nizam menjalankan perkhidmatan Credit Suisse Trust atau mengendalikan Everbright. Sementara itu, Mohamed Nizam masih belum memberikan responnya mengenai pendedahan ini.

Satu-satu ye didedahkan. Kita tunggu dan lihat!

Baca: “Dah nasihat, tapi mereka pentingkan diri” – Adik Najib

Nazirrr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.