in

Polis Perak Periksa Kadar Tol Untuk Kesan Cubaan Rentas Negeri Ketika Aidilfitri

Cats 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, Perintah Kawalan Pergerakan tidak membenarkan mana-mana individu untuk merentas negeri, kecuali dengan surat kebenaran yang sah.


Terbaharu, polis Perak memberitahu akan menempatkan pihak mereka di setiap kaunter plaza tol untuk memeriksa baki tambah nilai kad.

2 2

Langkah ini bertujuan untuk memastikan tiada individu merentas negeri pulang ke kampung ketika perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ini adalah antara strategi yang akan digunakan untuk menghalang mana-mana individu yang cuba mengambil kesempatan merentas negeri.

“Kita akan menyemak kadar bayaran tol, kadang-kadang bagi mengelak dikesan mereka akan masuk tol ini dan keluar tol yang ini.”

“Jika kita tengok kadar bayaran tol, contohnya dari Jalan Duta jika tiada surat kebenaran merentas negeri, kita akan mengambil tindakan kompaun dan mengarahkan mereka berpatah balik,”

Sambung beliau, pihaknya tidak dapat membuat tindakan lebih ketat di jalan kerana ketika perayaan kerana risau ia akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Beliau menasihati setiap individu perlu bertanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar jangkitan Covid-19 tidak menular.

 

Sumber: Berita Harian

BACA: Aktiviti Sukan Tanpa Sentuhan Fizikal Dibenarkan Ketika PKP, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

Cover 7

Sumber: Sumber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.