in

“Situ tempat makan orang nak romantik, awak bawa orang tua awak kat situ pula…”

Feature1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai anak, sudah menjadi kewajipan untuk kita menghormati dan menjaga orang tua dengan baik. Sedari kecil, kita diterapkan dengan nilai-nilai murni untuk memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka.


Namun, seorang gadis menjadi perhatian ramai selepas dikritik netizen kerana menghina dan memandang rendah terhadap seorang ibu dan anak lelakinya.

Ibu1
gambar hiasan

Sekeping gambar menunjukkan status gadis itu di Facebook dimuat naik dan menjadi tular serta merta dek kerana tanggapannya itu.

Menurut perkongsian tersebut, wanita itu menerangkan bahawa dia dan suami sedang menikmati makan tengahari di sebuah restoran mahal dan romantik yang terletak di tengah bandar Johor Bahru. Di situ, dia turut ternampak seorang ibu bersama anak lelakinya menikmati makanan mereka.

“Tengah lunch semalam dengan husband boleh ternampak seorang mamat ni bawak orang tua mungkin mak dia. Rupanya diorang pun lunch sekali. Hmm bukan apa la. Macam mencacatkan pemandangan je la. Situ tempat makan orang nak romantik, awak bawa orang tua awak kat situ pula. Sayang…”

Kedai2
gambar hiasan

“Pakai kereta mewah Lexus RM400K-500K, pakai baju smart tapi bawa orang tua uzur ke sana?”

“Jangan jatuhkan standard orang yang berada boleh tak? Macam takde kedai mamak atau warung tepi jalan je.”

“Kalau ye pun awak kaya, awak kena sedar. Tindakan awak tu menjatuhkan taraf profile awak sendiri. Please la.. Dunia, dunia… Apa nak jadi la…’

Kaya Tular
sumber: facebook

Orang ramai yang membaca statusnya itu terlampau kecewa dan sakit hati dengan ayat-ayat yang menjengkelkan ditulis oleh wanita berkenaan. Netizen meluahkan rasa marah dan kecewa mereka di ruangan komen dengan ramai menggelarnya tidak mengenang jasa.

“Tak salah nak date dengan mak kita sendiri. I tak rasa pun menjatuhkan maruah ke apa.”

“Riaknya jadi manusia. Aku respect mamat yang bawa mak dia ke situ.”

“Harap nanti suami dia bawa mak mertua dia dekat situ depan mata dia sendiri.”

Tidak lupa juga yang menyokong tindakan lelaki itu melayan ibunya dengan baik meskipun sudah diberikan nikmat kekayaan di dunia.

“Disebabkan dia bawa mak dia lah hidup dia mewah.”

“Eh bawa mak la untung. Sbb dia yang lahirkan kita. So we should. Bagus la success in life (kemudian) senangkan orang tua.”

Selepas status tersebut menjadi tular, Suhana dikatakan telah mematikan akaun Facebook kerana menurut netizen nama itu tidak keluar lagi di carian.

Dalam tahun 2017 ini pun masih ada manusia yang tidak menghargai dan mementingkan diri seperti wanita itu. Kita seharusnya perlu sentiasa ada sikap menyayangi dan menghormati orang yang lebih tua meski tiada pertalian darah sekalipun.

Baca: Murid Tahun Satu Dibelasah Sehingga Mati Kerana Ejek Nama Bapa Pelajar Senior di Kapit

Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.