in

“Situ memang keras” – Wanita Sesat Berjalan 7km Berseorangan Tepi Pantai Sampai Tak Jumpa Jalan Keluar

ft sesat di pantai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jalan berseorangan memang tidak dinafikan bahawa ia menjadi satu ketenangan, cuma ada kalanya ia jadi tak selamat kerana boleh berdepan dengan bermacam ancaman, tidak kira secara realiti ataupun secara maya.

Ada satu pagi ni, wanita yang dikenali sebagai @roy di TikTok ini berjalan ke tepi pantai sorang-sorang untuk hirup udara segar, dia memulakan perjalanannya dari awal pagi, seperti biasa dia menikmati udara segar dan kongsikannya di laman TikTok namun…


 

Tak jumpa jalan keluar

https://www.tiktok.com/@acugesic/video/7129830551489482010?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Wanita ini berjalan sejauh 2 kilometer di tepi pantai, pada waktu itu dia baru sedar yang dia dah makin jauh, tetapi dia masih meneruskan perjalanannya.

Memandangkan pada waktu itu air dah makin naik, dia terpaksa panjat batu sepanjang perjalanan. Apabila rujuk aplikasi navigasi, dia mendapati bahawa lokasinya dah jauh dari pintu masuk.

Wanita ini menjelaskan pada waktu itu dia dah begitu penat kerana sudah jalan sejauh 7 km. Bimbang dan buntu, wanita ini hubungi talian kecemasan tapi tiada liputan.

https://www.tiktok.com/@acugesic/video/7129787996462730522?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dia terpaksa panjat semula batu tersebut untuk hubungi pihak polis, dalam pada itu, wanita ini menceritakan bahawa laluan batu itu sangat curam dan licin sampaikan dia hampir tergelincir.

Bagaimanapun dia telah diselamatkan, ramai anggota polis dan bomba mencarinya ssebelum menghantar dia pulang oleh polis

“Rescue bagitahu kawasan kita masuk tu memang keras sikit tapi alhamdulillahh kat kita takda jadi apa apa, balik tu pun memang terus mandi dan solat.”

Dalam pada itu, pihak polis turut menasihatinya untuk segera mandi, ambil wudhuk, tunggu solat zohor dan minum air yassin jika ada sesampainya tiba di rumah.

https://www.tiktok.com/@acugesic/video/7129704516018048283?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

 

Lalu depan gua ‘keras’

Biarpun nama pantai tersebut tidak didedahkan, tetapi berdasarkan perkongsian videonya, kejadian ini berlaku di Terengganu.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang tahu nama pantai tersebut dan menjelaskan keadaan pantai itu yang mempunyai 3 teluk, salah satunya ada gua dan dikatakan tempat itu agak ‘keras’.

Wanita ini memberikan respon bahawa dia ada lalu di hadapan gua tersebut dan akui rasa ‘sesuatu’ ketika melaluinya.

Dalam pada itu, wanita ini turut menjelaskan bahawa adalah perkara biasa buatnya berjalan berseorangan tetapi kali ini ia tidak dapat diduga.

sesat di pantai sesat di pantai 2

Kalau tempat tu kita tak kenal seeloknya janganlah jalan jauh-jauh, mujurlah telefon ada bateri masa tu.

Baca : Tindakan Dua Beradik Selamatkan Budak Yang Sesat Dałam ‘Mall’ Buat Netizen Terharu!

sfgd 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.