Susulan tindakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang didakwa mengambil air daripada pili bomba untuk diedarkan kepada penduduk di kawasan parlimennya.
Ramai warganet yang mendesak agar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melakukan siasatan lanjut mengenai dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, hari ini Siti Zailah menjelaskan bahawa tindakannya itu telah mendapat kebenaran dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurut beliau, tidak sepatutnya timbul isu mengatakan beliau mencuri air kerana tujuannya berbuat demikian adalah untuk membantu rakyat yang memerlukan.
“Tiada berbangkit isu curi air, kami membantu rakyat yang kecemasan memerlukan air. Air itu adalah air AKSB dan mendapat kebenaran daripada pihak mereka,” jelasnya.
Difahamkan, penggunaan pili bomba itu adalah dengan kebenaran dan pengetahuan daripada pihak Balai Bomba Rantau Panjang malah, pihak berkenaan juga dilihat telah membantu dengan menghantar bantuan air ke premis seperti surau dan sekolah yang memerlukan.
Tapi JPBM dakwa sebaliknya?
Walau bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Zainal Madasin menafikan bahawa Siti Zailah ada meminta kebenaran pihaknya bagi mengambil air pili bomba.
Pada masa yang sama, Zainal turut berkata, pihaknya telah menghubungi Pengurus Besar AKSB bagi mendapatkan maklumat.
“Dia tak minta kebenaran dengan pihak bomba. Kita nak permohonan dalam hitam putih bukan secara verbal dan kami memang tidak menerima surat setakat ini.”
“Dia tidak minta kebenaran daripada pihak kami dan kalau dia kata dia minta balai sekalipun, dia kata dia rujuk dengan AKSB. Tetapi AKSB pun menafikan menerima permohonan daripada pihak terbabit,” katanya.
Haa ni macam mana pula ni..
Sumber: Harian Metro (1) (2), Majoriti
Baca : KPKT Arah Siasat Ahli Parlimen Guna Pili Bomba Edar Air Kepada Penduduk