in

Siti Bainun Menangis, Sebak Tengok Kelibat Adik Bella Di Mahkamah

Ft Siti Bainun Menangis Tengok Bella

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam perbicaraan hari ini, pengasas Rumah Bonda yang dituduh mengabai dan menganiaya remaja kurang upaya (OKU) Bella, Siti Bainun Ahd Razali tak dapat menahan rasa sebak ketika melihat mangsa dan 5 lagi anak jagaannya yang dipanggil Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Mereka semua dipanggil pendakwaan untuk lakukan pengecaman terhadap saksi.


 

Menangis nampak Bella dan anak jagaan lain

Awani melaporkan bahawa Siti Bainun mula menangis dan dia kelihatan cuba mengintai anak jagaannya itu kerana terhalang oleh tirai, dikatakan ia terletak dalam 3 meter dari kandang tertuduh.

Malah sumber menyatakan bahawa, salah seorang daripada kanak-kanak itu dilihat cuba nak pegang tangan Siti Bainun, namun terhalang dengan penghadang plastik.

Sesi pengecaman itu dilakukan tiga saksi pendakwaan iaitu Suhana Zam, 40; Zurianty Sudin, 39; dan Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang mengambil masa kira-kira 15 minit.

Dalam pada itu, Awani turut melaporkan bahawa para media dan orang awam yang berada di galeri itu tidak dibenarkan untuk melihat wajah mereka.

51655446031 Freesize

Ia susulan dengan permohonan daripada peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili tertuduh supaya anak guamnya bersemuka dengan 6 individu terbabit untuk melihat reaksi mereka.

Beliau turut mencadangkan kepada mahkamah supaya orang awam dan wartawan keluar ketika proses pengecaman itu dijalankan.

Walaubagaimanapun, ia dibangkang oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, beliau memaklumkan bahawa terdapat keperluan untuk melindungi saksi daripada terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar di dalam mahkamah.

71655441742 Remajaperempuansin

“Ini adalah perlu bagi saksi ini dicamkan dan tidak terdedah terus dalam mahkamah ini,” katanya.

Hakim Izralizam Sanusi kemudian memberitahu, dalam proses pengecaman, adalah tidak timbul isu untuk melihat reaksi kerana ia untuk tujuan sama ada orang dirujuk adalah individu yang disebut oleh saksi dalam perbicaraan.

“Tapi, sekiranya pihak pendakwaan merasakan ada keperluan untuk orang awam keluar tiada masalah,” katanya.

Namun begitu, Nor Azizah memaklumkan tiada masalah untuk media dan orang awam berada di galeri awam kerana ia hanya proses pengecaman dan bukannya merakam keterangan.

Prosiding itu kemudian diteruskan dengan merakam keterangan saksi pendakwaan kesembilan, Lans Koperal Azrul Abdul Shukor iaitu jurugambar daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Baca : Zulin Aziz Dirikan Solat Hajat Khas Untuk Adik Bella Di Raudhah Ketika Umrah

Zulin Aziz Dirikan Solat Hajat Khas Untuk Adik Bella

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.