in

Sisi Gelap Kawasan Pelacuran Terbesar di Asia

India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes pelacuran adalah satu perkara yang tidak asing lagi pada zaman kini dan sering didengari aktif berlaku di Thailand mahupun di sesetengah kawasan di Indonesia.


Namun, sebenarnya, ada sebuah negara di Asia yang dilabel sebagai “City of Joy” kerana menjadi lubuk pelacuran. Ini sisi gelap kawasan pelacuran terbesar di Asia.

 

1. Sonagachi, India merupakan kawasan pelacuran terbesar di Asia

S1
sumber: deccan chronicle

Sonagachi yang terletak di Bandar Kalkota merupakan kawasan lampu merah atau red district yang terbesar di Asia mengalahkan kawasan-kawasan red district lain yang terdapat di sekitar Bangkok, Thailand atau Jakarta, Indonesia.

Satu ketika dulu, East India Company pernah membawa janda dari kawasan tempatan ke kawasan tersebut untuk tujuan pelacuran dan dikatakan juga bahawa kawasan tersebut dimiliki oleh Dwarkanath Tagore, salah seorang ahli industri dan usahawan pertama India yang juga merupakan orang pertama membuka perniagaan pelacuran di situ.

 

2. Mempunyai beratus rumah pelacuran dan nasib pekerja seks tidak dibela

Prostitute 3
sumber: womenpla

So, dekat kawasan ni je ada beratus-ratus rumah pelacuran dan dilaporkan mempunyai lebih kurang 14,000 orang pelacur yang bekerja di kawasan tersebut yang datang dari pelbagai tempat di India.

Di kawasan ini, pekerja asing diasingkan secara sosial dan pelacuran sebenarnya salah di sisi undang-undang. Sebab tu, pekerja seks di Sonagachi sangat terdedah dengan bahaya jenayah macam peras ugut, rogol atau pembunuhan yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh samseng, bapak ayam dan juga polis. Kerajaan dan pihak media pun memilih untuk tidak menghiraukan masalah ini.

 

3. Polis tidak menghiraukan masalah ini untuk kepentingan sendiri

Th11 Being Sexworker
sumber: the hindu

Polis memang tak boleh diharapkan langsung dalam masalah ini sebab mereka gunakan situasi ni untuk kepentingan diri. Sebagai contoh, mereka dengan sengaja mengganggu atau menyerang klien pelacur untuk dapatkan wang. Jadi, pelacuran ni perlulah diteruskan untuk mereka dapat duit poket lebih!

Bukan tu je, polis juga menjadikan call girl sebagai pemberi maklumat mereka. Hal ni sebab selalunya penjenayah akan menghabiskan masa mereka dengan call girl ni, so dari situ gadis-gadis ni dipergunakan oleh pihak polis untuk menyampaikan maklumat mengenai kegiatan penjenayah tersebut.

 

4. Boleh dapat gadis di mana-mana pada kadar yang berbeza

G5
sumber: hindustan times

Mengejutkan kawasan ini bukannya terdiri daripada rumah pelacuran yang cantik dan bersih serta diiringi muzik, tetapi hanyalah bangunan-bangunan lama yang tidak dijaga. Pekerja seks pun mempunyai kadar yang berbeza sama ada untuk melakukan ‘hubungan’ di tepi jalan mahupun di dalam bilik.

Mereka yang ‘bekerja’ di dalam bangunan adalah lebih mahal dan lebih cantik berbanding dengan yang di tepi jalan. Rupa paras pun menjadi ukuran untuk harga yang perlu dibayar klien mereka.

 

5. Gadis-gadis dipaksa melacur

B1
sumber: barcroft

Sonagachi mempunyai penduduk wanita yang tinggi kerana terlibat dalam ‘profesion’ ni. Yang sedihnya, ramai pekerja di situ merupakan mangsa pemerdagangan seks yang telah dibawa masuk dari Bangladesh dan Nepal.

Mereka juga dipaksa untuk berehat dan tidur pada siang hari kerana perlu bekerja sepanjang malam. Dikatakan terdapat seramai 60,000 pekerja seks yang aktif melakukan kerja pelacuran di situ.

 

6. Sukarela melacur untuk teruskan tradisi keluarga

H1 1
sumber: barcroft

Akibat kesusahan hidup yang dialami, ada juga antara wanita di Sonagachi dengan sukarela memilih ‘kerjaya’ tersebut dan mereka dijanjikan dengan kadar bayaran yang lebih tinggi daripada pekerjaan sebelum ini.

Malangnya, pelacuran juga merupakan tradisi bagi sesetengah keluarga yang berada di situ dan memilih untuk menjadi pelacur bagi meneruskan tradisi keluarga. Bukan itu je, ada juga antara mereka yang mendakwa kehidupan mereka lebih baik sejak datang bekerja di Sonagachi.

 

7. Penglibatan NGO 

Aids
sumber: the hindu

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan badan kerajaan telah beroperasi di Sonagachi bagi mencegah penyakit kelamin atau sexually transmitted disease (STD) termasuk AIDS dengan menyarankan mereka untuk menggunakan kondom.

Walau bagaimanapun, sesetengah pelacur di situ mendakwa bahawa tiga daripada empat klien mereka enggan memakai kondom dan sekiranya mereka dipaksa untuk memakai jugak, klien mereka hanya akan keluar dan mencari pelacur lain.

 

8. Pekerja seks tidak akan diberitahu sekiranya mereka menghidap HIV

Sonagachi 1 1
sumber: quartz india

Dikatakan pelacur di situ yang menjalankan ujian HIV tidak akan diberitahu sekiranya mereka HIV positif dan dibiarkan untuk meneruskan kehidupan tanpa mengetahui mempunyai penyakit itu.

Alasannya ialah kerana pihak Komuniti Durbar Mahila Samanwaya (DMSC), yang menjalankan ujian tersebut, takut pekerja wanita yang mempunyai penyakit itu akan dipulaukan. Macam tu pulak…

Hmmm… Kesian sebenarnya dekat mereka ni lagi-lagi kalau yang dipaksa bekerja sebagai pelacur tanpa kerelaan sendiri. Harap ada pihak yang tampil dan serius dalam membantu wanita-wanita ini.

Harap nasib mereka akan terbela.

Baca: 7 Sisi Gelap Vietnam Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

V 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.