in

“Sisi gelap industri KPop” – Rogol Dan Edar Video Seks, Jung Joon-young Dihukum 6 Tahun Penjara

Jungjoonyoung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat K-Pop mesti alert kan dengan isu video seks yang melibatkan selebriti top mereka.


Daripada kisah ‘bapa ayam’ Seungri sehingga skandal Jung Joon- young, ternyata memberi kesan kepada industri K-Pop di Korea.

Gara-gara skandal seks berkenaan, Jung Joon-young telah diarahkan menjalani hukuman penjara selama enam tahun kerana merogol seorang wanita dan mengedarkan rakaman jenayah itu, semalam.

C2Ea4Ba4 5B24 40A5 95E8 B205348Ee458 169
Sumber: instagram

Hukuman itu dijatuhkan Mahkamah Korea Selatan menerusi Hakim Kang Seong-soo.

Jung Joon-young, 30, popular menerusi rancangan Two Days One Night.

Sementara bekas anggota kumpulan FT Island, Choi Jong-hoon, 30, dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan sama.

Abb49Dae9Ede4C768C9F443A4A7C61A1.Jpeg
Sumber: soompi

Kedua-dua mereka ialah anggota kumpulan sembang atas talian yang berkongsi rakaman seks rahsia dan berjenaka mengenai memberi ubat dan merogol wanita, kata Mahkamah Daerah Seoul Tengah.

Selain itu, Jung juga disabitkan kesalahan pengedaran video terlarang yang lain – yang dirakamkan secara rahsia ketika mengadakan hubungan seks dengan wanita.

31D31D1232Df4429933Dc855F9Dc3881.Jpeg
Sumber: soompi

Bagaimanapun identiti mangsa tidak didedahkan untuk melindungi hak peribadi mereka.

Kedua-dua mereka juga diarahkan menjalani pendidikan rawatan keganasan seksual selama 80 jam.

“Defendan adalah selebriti dan rakan amat dikenali, tetapi perbualan menunjukkan mereka sekadar menganggap wanita sebagai objek seks, dan melakukan jenayah yang amat serius.

“Hukuman keras tidak dapat dielakkan kerana kerosakan yang timbul tidak dapat dipulihkan dan mangsa menuntut hukuman berat,” kata Hakim Kang Seong-soo.

Kes mereka adalah antara beberapa skandal membabitkan jenayah seks dan aktiviti haram – yang mendedahkan sisi gelap industri K-Pop yang menjadi kegilaan dunia.

Sebelum ini bekas anggota kumpulan Big Bang, Seungri, juga dibicarakan berhubung tuduhan beliau melanggan pelacur untuk ahli perniagaan luar untuk tujuan pelaburan dalam perniagaannya, kata laporan BH Online dengan memetik Reuters.

Baca; Pendedahan ‘Secret Sex Camera’ Jung Joon-young & kaitan Junhyung Hingga Menyebabkan Dia Bersara Dari Highlight

Screen Shot 2019 11 30 At 1.59.57 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.