Berikutan dengan kes influencer bangga tayang dapat kacang dari kakitangan MAS jadi buah mulut netizen di media sosial, ada individu cuba membuat sindiran dengan mengaitkan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza terhadap layanan pihak sekolah kepada anaknya Siti Aafiyah.
Tak puas hati dengan TokTi
Dalam perkongsian itu, seorang netizen memberi komen menyatakan penyanyi tersebut hantar anak ke sekolah bersertakan uniform yang mempunyai sulaman namanya walhal murid lain tidak ada.
Bagi menepis sindiran yang dianggap berbaur fitnah itu, seorang pengguna Twitter yang juga peminat tegar TokTi @IniAlalalannn tampil memberi respon untuk menepis sindiran tersebut.
Dia menyatakan bahawa ia bukanlah satu keistimewaan kepada anaknya yang diberikan oleh pihak sekolah, namun sulaman nama pada baju itu dibuat sendiri oleh TokTi.
Perkara itu diakui sendiri oleh tuan empunya badan setelah pengguna Twitter itu lampirkan gambar komen TokTi.
“Haters gonna hate. Pasal uniform ada sulam nama pun nak twist kata dapat special treatment. Padahal, orang tu gigih la hantar pergi kedai untuk letak nama dekat baju sebab excited anak first nak masuk sekolah. Tibah kena tuduh takdak integriti bagai. Podia hang?”
Dalam masa sehari tweet tersebut telah meraih lebih 3,200 jumlah retweets dalam masa sehari, rata-rata warganet menyokong dengan pendapatnya. Yang min kenal, TokTi ni bukannya jenis hamak dengan benda free, kalau dia nak dia bayar.