in

“Silat pun ada?” – Ini 7 Seni Bela Diri Paling Bahaya Yang Wujud Dalam Dunia!

C3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia ni, terdapat banyak jenis seni bela diri yang korang boleh pelajari. Sudah tentu, ia adalah sangat penting untuk kita kuasai, lagi-lagi zaman sekarang ni yang hari-hari ada je kes jenayah yang berlaku.


Tapi, dalam banyak-banyak martial art tu, korang rasa mana yang paling bahaya sehingga dapat tumbangkan pihak lawan? Kalau tak tahu, korang kena baca artikel ni sampai habis!

1. Kung Fu

1 Thowe2Jqjuu3Bgekfeed3A

Siapa-siapa dekat sini peminat Jackie Chan, korang mesti tahu pasal kung fu ni. Ia merupakan seni bela diri terkenal yang telah wujud berabad lamanya sejak zaman China purba lagi.

Apa yang menariknya, seni bela diri ni bukan saja latih dari segi luaran malah, ia juga menerapkan amalan meditasi yang penting untuk menjamin ketenangan dalaman. Disebabkan itulah, banyak kuil iaitu tempat keagamaan dijadikan juga sebagai pusat pembelajaran seni bela diri ni.

Pada masa yang sama, untuk menjadi master dalam seni pertempuran hand-to-hand ni, korang perlu ada disiplin yang tinggi serta kuat jalani latihan yang bukan biasa-biasa tau! Amacam, ada berani?

2. Taekwondo

Milad Kharchegani At The 2016 Summer Olympics

Boleh dikatakan, taekwondo ni merupakan salah satu seni bela diri yang terkenal sehingga tersebar ke satu dunia termasuklah Malaysia. Tapi sebenarnya, ia berasal dari Korea di mana bukti kewujudan pertamanya ditemukan dalam sebuah lukisan gua.

Bagi sesiapa yang tak tahu, taekwondo secara asasnya memfokuskan pada tendangan berbanding tumbukan dalam sesuatu pertempuran. Disebabkan tu, korang boleh nampak aksi lompatan dan berpusing di udara yang banyak bermain dengan pergerakan kaki. Jadinya, kestabilan badan amatlah penting untuk penggiat seni ini.

Tak cukup dengan tu, disebabkan popularitinya yang meningkat naik, seni bela diri ni juga dijadikan sebagai sukan dan dipertandingkan dalam acara-acara besar.

Artikel berkaitan: Kasih Sayang Dua Beradik, Abang Rela Kalah Dengan Adik Dalam Seni Bela Diri Campuran

3. Muay Thai

17 Year Old Johan Ghazali Decimates Edgar Tabares In 36 Seconds

Kalau Muay Thai ni pula, ia merupakan seni bela diri yang berasal dari Thailand yang mengutamakan serangan secara berdiri dalam perlawanan.

Ia juga dikenali sebagai The Art of Eight Limbs disebabkan gaya pertempurannya yang banyak bergantung pada serangan siku, lutut dan sendi yang lain.

Apa yang menjadikan Muay Thai ni bahaya ialah sarung tangan yang dipakai peninju tidak cukup selamat untuk mengelakkan kecederaan pada pihak lawan. Knock out! 

4. Silat

C2

Siapa sangka, silat yang merupakan warisan Asia Tenggara ni turut dikategorikan sebagai seni bela diri paling bahaya. Walaupun asal usulnya masih belum dapat dipastikan namun, ramai yang percaya ia telah wujud sejak awal abad ke-15 lagi.

Silat ni ada banyak jenis. Apa yang uniknya, silat-silat tu dipercayai telah dicipta berdasarkan pergerakan haiwan.

Selain tu, silat ini juga mengutamakan manipulasi sendi di mana gaya pertarungannya adalah tentang mengeksploitasi kelemahan musuh dan melumpuhkannya dengan serangan pantas dan lincah secepat mungkin.

5. Karate

Karate Martial Arts 137867517 56A5Ffd63Df78Cf7728Ad4Ca

Mungkin ramai yang keliru karate ini dengan taekwondo kerana kedua-duanya kelihatan hampir sama. Namun, apa yang membezakannya ialah karate tidak fokus pada sesetengah bahagian badan sebaliknya ia menggunakan keseluruhan badan dalam pertarungan.

Seperti seni bela diri yang lain, ia merupakan gaya pertempuran yang tertua di mana ia menjadi terkenal di Jepun pada tahun 1880-an. Di samping tu, ia turut digunakan oleh askar dalam medan pertempuran suatu ketika dahulu.

Artikel berkaitan: “Kena belajar seni mempertahankan diri’- Norland College: Pengasuh Paling Mahal Di Dunia Dilatih Di Sini

6. Boxing

102643353 472027404

Seni bela diri ni tidaklah terlalu sukar untuk dipelajari malah, ia dianggap sebagai salah satu bentuk pertempuran yang murni walaupun kadang-kadang boleh datangkan kecederaan pada pihak lawan.

Sebabnya, serangan yang boleh dilakukan adalah sangat terhad di mana petinju hanya dibenarkan untuk menumbuk pihak lawan dalam boxing tradisional.

Menariknya, ia juga merupakan sukan tertua yang mana ia telah dijadikan sebagai acara Olimpik pada zaman Yunani purba.

7. Brazilian Jiu-Jitsu

Esg Bjj 1024 1024

Seperti namanya, ia merupakan seni bela diri Brazil yang berasal dari judo. Uniknya seni ini, ia langsung tak melibatkan sebarang serangan sebaliknya hanya bertujuan untuk mengunci pergerakan pihak lawan sehingga dorang menyerah.

Walaupun ia dianggap sebagai seni mempertahankan diri yang paling selamat namun, ianya boleh mendatangkan kerosakan pada sistem pernafasan dan saraf pihak lawan jika tidak digunakan dengan betul.

Menariknya, sukan ini sangatlah bermanfaat untuk dipelajari bagi orang berbadan kecil untuk mengalahkan orang yang lebih besar dalam sesuatu pertempuran.

Sumber: Lines, CBS News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.