in

“Siapa yang nak mengendap tu YB?” – Netizen Keliru Dengar Hujah MP Langkawi Di Parlimen

mp langkawi mengendap parlimen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ini, sedang berlangsung Sidang Parlimen ke-15 bagi penggal kedua mesyuarat pertama, yang mana korang dapat lihat sendiri Ahli-ahli Parlimen yang diundi pada PRU lepas berhujah mengenai isu negara di Dewan Rakyat.

Boleh dikatakan hampir setiap hari Parlimen berlangsung, ada saja isu yang menarik perhatian ramai, ditambah dengan gelagat MP yang pelbagai.


zaffbajet2022a 1665322358

“Kita tahukah siapa yang ‘mengendap’ kita?” 

Namun semalam, tular satu video yang memaparkan MP Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN) berhujah di Parlimen mempertikaikan sama ada dewan tersebut selamat daripada dihendap orang luar.

Menurutnya, beliau bimbang jika ada syarikat luar yang membayar pihak konsultan untuk mengendap MP yang sedang berhujah membincang isu negara di Parlimen.

Tambahnya lagi, ada juga beberapa perbincangan di dalam Parlimen tidak patut diketahui oleh pihak luar dan beliau juga mempertikai sama ada wifi di Parlimen selamat untuk digunakan.

@oh.myparlimen

Siapa yang nak menghendap tu YB? ?

♬ original sound – oh.myparlimen – oh.myparlimen

Namun perkara ini disangkal oleh MP Tebrau, Jimmy Puah yang mengatakan bahawa perkara itu tidak logik kerana sesi Parlimen yang diadakan kini ditayangkan live dan boleh dilihat di mana-mana tanpa sekatan.

“Langkawi jangan mengarutlah, ini live satu dunia boleh tengok,” kata Jimmy.

“Saya tahu, tapi ada perkara yang kita bincang yang sepatutnya tidak boleh diketahui,” jawab MP Langkawi.

“Apa yang kita bincang tak boleh kasi orang tahu dalam dewan ini?” 

“Contoh kalau kita bincang soal-soal negara luar.” 

“Tapi kan ini live...”

“Saya tahu ada live,” jawab Langkawi lagi.

“Kita ni semua pengendap rupanya…” 

Netizen di ruang komen rata-ratanya meluahkan rasa keliru dengan apa yang dituturkan MP Langkawi berkenaan sehingga ada yang menyamakan situasi ini dengan apa yang berlaku kepada CEO TikTok ketika bertemu dengan ahli kongres Amerika Syarikat.

Malah ada juga yang mengatakan MP Arau sebelum ini siap buat video live TikTok lagi di dalam Parlimen dan hal tersebut tidak langsung menjadi isu.

langkawi

Mungkin MP Langkawi tak cakna tentang isu live di Parlimen ni kot. Harap ada yang dapat jelaskan kepada dia tentang isu ini. 

Baca: “Patutlah lantang dekat parlimen” – [VIDEO] Netizen ‘Impress’ Dengar Nyanyian YB Sany Hamzan

sany hamzan

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.