in

“Siapa yang boleh berubat atau nampak apa dekat sebelah anak dia?”- Budak Perempuan Dakwa ‘Diganggu’ Makhluk Bertanduk Masa Sembang Dengan Mak

Combine Budak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita kat dunia ni memang berkongsi kehidupan dengan ‘benda’ lain. Makhluk halus bukanlah ‘benda’ yang baru dan sudah pasti ramai mempunyai pengalaman masing-masing tak kisah kat tempat kerja mahupun kat rumah. Namun hanya segelintir orang je yang boleh nampak kewujudannya.


Siapa je tak seram kalau kena ganggu oleh makhluk halus kan ?

Viral video di Twitter menerusi akaun @nyctophfilia yang memaparkan seorang budak perempuan tengah berbual sambil dirakam oleh ibunya. Korang boleh tengok macam mana cara budak perempuan tu berbual dengan ‘benda’ yang ada dekat sebelah dia.

Pemilik akaun tersebut meminta tolong kepada sesiapa yang boleh tengok apa yang ada dekat sebelah anak kawan dia. Dia mengatakan, lately ni budak perempuan tu semakin kurus dan semakin pendiam.

Twitter2

Dalam video tersebut nampak budak perempuan itu mendakwa ada makhluk yang mempunyai tanduk menolaknya setelah ditanya oleh ibunya. Wehh, budak-budak takkan nak menipu. 

Menurutnya lagi, selepas daripada kejadian budak perempuan tu muntah-muntah, demam teruk sampai kurus dan tak ramah macam dulu.

Twitter1

Ibu kepada budak perempuan ini berharap agar orang ramai komen yang murni-murni je dan doa yang baik-baik untuk anak dia.

Twitter6

Rata-rata netizen berkongsi mengenai cara-cara dan doa yang boleh diamalkan untuk situasi seperti ini.

Kesiannya kecik-kecik dah kena kacau

Twitter5

Twitter3

Twitter4

Semoga adik ni segera dapat rawatan. Cepat sembuh ye dik. 

Baca : “Acap kat manalah kau sekarang?” – Peserta Larian Hilang Secara Misteri, Netizen Spekulasi Mungkin Ada Kaitan Dengan Makhluk Halus. 

Acap

 

 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.