Sememangnya tidak mudah untuk individu atau pasangan yang mahu mengambil anak angkat. Banyak kriteria yang perlu dititikberatkan sebelum berjaya mengambil anak angkat.
Bagaimanapun, tindakan seorang selebriti lelaki berstatus bujang yang mengambil anak angkat perempuan menimbulkan persoalan kerana didakwa menyalahi undang-undang.
Perkara itu didedahkan oleh pengasas dan pengerusi Perstauan Kebajikan Anak Kami, Siti Nursuraya Ali ketika membahaskan topik tersebut di Kool101 bersama penyampai Haiza dan Muaz.
Artikel berkaitan: Kisah Menyayat Hati Disebalik Gambar Ibu Iklankan Anak Untuk Dijual Pada Abad Ke-20
Artikel berkaitan: “Jangan putar belit” – Achey Tak Setuju Kenyataan Abang Tesla Tentang Anak Angkat
View this post on Instagram
Menurutnya, pihak mereka sudah beberapa kali membuat aduan mengenai selebriti terbabit yang mengambil anak angkat perempuan.
“Undang-undang Malaysia tidak membenarkan perkara itu atas faktor keselamatan. Jadi macam mana kanak-kanak perempuan itu boleh berada dalam jagaan selebriti bujang ini? Siapa yang benarkan? Dia melalui proses apa?
“Saya sendiri pernah membuat beberapa laporan kepada Bahagian Kanak-Kanak di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Adakah mereka terlepas pandang? Ataupun selebriti ini mengambil anak angkat orang lain? Anak itu didaftarkan kepada ibu angkat lain? tetapi yang si bujang ni mengaku anak dia?,” katanya.
Bukan itu sahaja, Suraya turut mendedahkan ada juga selebriti yang sering menggunakan anak angkat mereka sebagai content untuk meraih populariti.
“Ada kes yang saya dapat tahu anak dia diambil semula oleh JKM sebab walaupun dia dah berkahwin tapi dia guna anak itu untuk raih populariti di media sosial. Kami buat laporan memang terbukti,” katanya.
Korang rasa siapa selebriti yang dimaksudkan tu???
Sumber: Harian Metro, Instagram