Kumpulan muzik terkemuka dunia, Coldplay sedang mengadakan konsert jelajahnya di Asia Tenggara yang mana ketika ini mereka membuat persembahan di Jakarta, Indonesia.
Pastinya peminat di sini pun tidak sabar menanti kehadiran mereka di Malaysia apabila melihat rakaman video yang dikongsikan oleh peminat di sana.
Namun, sebuah video yang tular di media sosial ini telah menarik perhatian ramai apabila vokalis kumpulan itu, Chris Martin sempat menunjukkan bakat berpantun di atas pentas.
Artikel berkaitan: Lirik Lagu Ditukar ‘Pinjam 100 Nur Nilam Sari’, M Nasir Tak Kisah
Artikel berkaitan: “Tahu-tahu dah terpilih” – Dipertikai Jadi ‘Opening Act’ Konsert Coldplay, Ini Respon Bunga
Apa yang membuatkan penonton begitu teruja adalah apabila Chris berpantun menggunakan tagline yang sedang tular di Indonesia dan Malaysia.
HELPPPP Chris Martin pun mahu pinjam seratus ?#ColdplayIndonesia #ColdplayJakarta
— ?Arif E.? (@arfdy12) November 15, 2023
“Pantun Chris Martin. Hari Selasa ujian fizikal, kalian belajar biar lulus, apa khabar kota Jakarta, bolehkah pinjam seratus?” kata Chris dalam video tersebut.
Momen berpantun oleh vokalis Coldplay itu telah disambut dengan sorakan gemuruh daripada penonton yang memenuhi Stadium Gelora Bung Karno.
Perkongsian video itu telah menarik perhatian peminat di sini yang turut terhibur dengan Chris yang sempat mengambil kesempatan untuk bermesra dengan peminatnya.
Dalam persembahan tersebut, Coldplay dilaporkan telah mempersembahkan sebanyak 22 lagu kepada para peminatnya.
Selain Indonesia, Coldplay juga bakal mengadakan persembahan konsert jelajah mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan.
Chris pun pandai ikut trend!
Sumber: X
