in

Siapa Kata Kena Makan Tempat Mahal? Pasangan Kekasih Ni Rileks Je ‘Candlelight Dinner’ Dekat Kedai Mamak

Aliff Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak beli hadiah tak semestinya kena mahal dan mewah sebab yang paling penting adalah niat kita yang ikhlas nak gembirakan orang. Begitu juga bila nak makan malam romantik dengan kesayangan kita. Tak semestinya kena makan dekat tempat mewah, makanan fine dining dan lokasi menarik, kan?


Itulah yang dilakukan sepasang kekasih baru-baru ini yang membuat candlelight dinner mereka berdua di kedai mamak. Melalui Facebook, Restoran Aliff telah memuat naik beberapa gambar menunjukkan pasangan kekasih sedang menikmati makan malam romantik.

Setiap kedai mamak ada menu istimewa mereka tersendiri dan Restoran Aliff pula terkenal dengan menu lain daripada lain, terutamanya roti canai KLCC!

Roti

Melalui gambar-gambar itu, difahamkan candlelight dinner tersebut adalah prank yang dibuat oleh rakan-rakan kepada pasangan tersebut. Dalam salah satu gambar juga adalah bouquet, bukan bunga tetapi dipenuhi dengan sayur-sayuran.

?? only ALIFF??

Posted by Restoran aliff on Isnin, 28 September 2020

Netizen di posting itu rata-ratanya memuji pasangan tersebut kerana tidak kisah dengan candlelight dinner di kedai mamak saja. Ada juga yang bercakap sekurang-kurangnya ada usaha, ikhlas dan nampak yang teman wanita tersebut bukan materialistik.

Komen 5

Baca: ‘Kreatif Tapi Seram!’ – Boleh Ke Makan Kalau Macam Ni? Mufti Kelantan Perjelaskan Hukum Makan Roti Canai Bentuk Ular

Ulo

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.