Korang pernah tak ada pengalaman buruk masa tengah isi minyak dekat stesen minyak?
Baru-baru ni, tular video berdurasi 8 saat di Facebook mengenai seorang wanita yang menghadapi detik cemas dimana pam minyak yang sedang dipegangnya buat hal?
https://www.facebook.com/357582290930791/videos/446191266023301/?t=0
Pam minyak tersebut dilihat mengalir dengan begitu deras macam air paip. Uish sapa je tak panik kalau macam tu kan?
Wanita itu kelihatan seperti tidak tahu untuk membuat apa-apa disebabkan perkara itu, hanya meletakkan muncung pam yang mengalirkan minyak di atas lantai sambil meminta tolong.
Dalam video tersebut juga tidak kelihatan ada individu yang datang untuk membantunya. Mungkin sebab video ni pendek sangat.
Namun sebenarnya kalau terjadi perkara sebegini, korang boleh je pergi cari emergency button yang berada dekat pam minyak tu.
Rasanya ramai yang tak tahu kan apa fungsi sebenar butang tu kan? Hah ni admin dah bagitau.
Rata-rata netizen yang melihat video itu berasa marah kerana wanita tersebut tidak terus menekan butang emergency sebaliknya hanya menghalakan pam minyak itu ke lantai.
“Tekan jelah butang emergency dekat tepi tu!”
Tapi dalam pada tu, ada juga netizen yang memahami situasi wanita tersebut yang semestinya panik berhadapan kejadian itu. Well kalau korang dekat situ pun, mesti dah terlupa dengan emergency button.
Tapi macam mana pun, korang lepas ni kena lebih berhati-hati ye and kalau jadi benda macam ni dah tau apa nak buat.
Baca: Lelaki Tak Sedar Anu Terpotong, Panik Bila Hospital Tolak Permintaan Untuk Sambungkan Balik