in

“Siap bagi duit belanja!” – Khairul Aming Kongsi Rezeki Dengan Staf, Bawa Bercuti Ke Genting Highland

Page Ka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya min tak perlu lagi nak kenalkan siapa Khairul Aming ni kan? Video memasak dan juga produk Sambal Nyet pun dah cukup untuk tunjukkan betapa terkenalnya dia di kalangan orang ramai.


Sejak Sambal Nyet milik Khairul Aming dilancarkan secara rasmi pada Mac lalu, memang laku keras sampaikan setiap kali dah restock, tetap akan sold out kurang dari 24 jam walaupun dah keluar jadual untuk membeli.

Macam yang korang tahu, baru-baru ni Khairul Aming pernah memaklumkan yang dia akan bawa semua stafnya untuk pergi bercuti dan ianya telah ditunaikan oleh anak kelahiran Kelantan itu baru-baru ini.

Percutian selama 4 hari 3 malam di Genting Highland itu dikongsikan sendiri oleh Khairul Aming di akaun Instagramnya @khairulaming sebagai retreat kepada staf Sambal Nyet selepas hasil kerja keras diorang selama 3 bulan pertama ini.

“Dah la pergi hotel 5 bintang, hulur duit lagi pulak tu!”

Trip ke Genting Highland itu melibatkan 50 orang staf dari Kota Bharu malah mereka juga difahamkan menginap di sebuah hotel bertaraf 5 bintang dan turut diberi duit belanja dari Khairul Aming! Wah, untungnya!

Bukan tu je, Genting Highland yang sememangnya sinonim sebagai tempat tumpuan pelancong menjadikan diorang semua menikmati setiap tempat di sana termasuklah theme park, Skyworld tu!

Malam terakhir untuk percutian tu pula, Khairul Aming bawa semua pergi menikmati dinner di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

Two

Reels itu ternyata mendapat pujian orang ramai kerana rata-rata menyifatkan bahawa Khairul Aming seorang yang pemurah dan menghargai pekerja-pekerjanya dengan berkongsikan rezeki dari kejayaan Sambal Nyet miliknya.

Jealous betul min tengok… Kurang sikit stres kerja ye dak?

Baca: “So proud of you!” – Khairul Aming Bangga Kini ‘Turn’ Rakan, Azfarheri Pula Ada Kilang Sendiri!

Untitled 2 14

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.