in

Siap Ada Mesin ATM Peribadi di Istana, Ini 7 Perkara Unik Mengenai Ratu Elizabeth II

f1 1 e1653705921135

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Ratu Elizabeth II bukanlah suatu nama yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Siapa je yang tak kenal keluarga diraja dari Britain tu kan? 

Rupa-rupanya, di sebalik kemewahan, ada pelbagai fakta menarik dan unik yang mungkin belum diketahui umum mengenai Ratu Britain yang kini berusia 95 tahun itu. Antaranya:


#1 Gemar memakai persalinan dan topi berwarna neon 

Memetik laporan dari Town & Country Mag, warna terang dan menyerlah seperti neon pink dan hijau neon sengaja dipilih agar kemunculan ratu mudah dilihat walaupun dari jarak jauh. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Hugo Vickers, iaitu penulis biografi istana. Betul jugak tu kan, baru lah senang bodyguard nak cam kat mana keberadaan ratu terutamanya kalau ada perkara yang tak diingini berlaku kan.

ratu 1

#2 Satu-satunya rakyat Britain yang dibenarkan memandu ke mana-mana tanpa lesen memandu 

Difahamkan, Ratu Elizabeth II dikecualikan daripada memiliki lesen memandu sebab driving license di United Kingdom dikeluarkan atas namanya sendiri. Jadi, macam tak logik pulak kalau baginda nak tunjuk lesen atas nama sendiri jika ada roadblock di jalan raya. Selain itu, baginda juga tidak perlu memiliki nombor plat kenderaan pada setiap kereta yang dipandunya. Fuh, memang bukan biasa-biasa ni. 

ratu 2

#3 Tidak perlu memiliki pasport untuk ke luar negara 

Dari segi pemilikan pasport pula, baginda ratu juga boleh kemana-mana negara tanpa buku merah memandangkan pasport Britain juga dikeluarkan atas nama baginda. Kalau macam ni, tak payah risau pun kalau pasport hilang di lapangan terbang kan. 

ratu 3

#4 Ratu Elizabeth hanya akan membawa wang tunai di dalam beg tangan pada hari Ahad

Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa pilih hari Ahad untuk bawa duit? Kenapa bukan hari lain? Sebenarnya, ratu akan berkunjung ke gereja pada setiap hari Ahad. Jadi, baginda akan mendermakan wang yang dibawa kepada tempat ibadat tersebut.

#5 Ratu Elizabeth juga mempunyai dua tarikh lahir 

Ratu Elizabeth II dilahirkan pada 21 April 1926 namun hari lahirnya disambut secara rasmi pada tarikh lain iaitu sekitar bulan Jun. Menurut BBC, tarikh lahir kerabat diraja yang jatuh pada musim yang lebih sejuk iaitu sekitar bulan November hingga April akan dijadualkan semula pada musim panas.

Jadi, hari jadi rasmi Ratu Elizabeth II jatuh pada bulan Jun ketika musim panas sebab cuaca bulan tersebut adalah lebih sesuai untuk perarakan bersempena hari jadinya.

#6 Beg tangan yang dipegangnya juga ada simbol rahsia yang tersendiri 

Menurut Harpers Bazaar, baginda akan menggunakan beg tangan miliknya untuk memberi petanda-petanda tertentu kepada staf diraja tentang apa yang mahu dilakukannya pada waktu tersebut.

Baginda dikatakan akan meletakkan beg tersebut di atas meja jika baginda mahu berangkat pulang dalam masa lima minit. Manakala, jika Ratu meletakkan beg tangan di atas lantai, ia bermaksud baginda tidak suka berada dalam situasi tersebut dan mahu dirinya diselamatkan daripada perbualan yang tidak menarik. 

ratu 4

#7 Dikatakan mempunyai mesin ATM peribadi di Istana Buckingham 

Memetik laporan The Sun UK, Ratu Elizabeth juga mempunyai mesin ATM peribadi di istananya. Mungkin sebab ni lah baginda tak pernah bawa cash ke mana-mana. Lagi menarik, Ratu juga dikatakan ada pejabat pos sendiri di dalam istana. Memang tak payah beratur lah kalau macam ni. 

ratu 6

Macam best je kan kalau kita dapat jadi kerabat diraja ni kan. Mungkin sebab ni lah ramai yang berangan nak kahwin dengan anak raja masa zaman kanak-kanak dulu kan. 

Baca: Palsukan kematian? Ini Antara 5 Teori Konspirasi Kematian Puteri Diana #Throwback

ratu

Sumber: Insider
Sumber: Insider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.