Bersempena dengan sambutan ambang tahun baru 2024, sebuah masjid di Padang Balang, Gombak akan menganjurkan tayangan perlawanan bola sepak EPL (Premier League) di pusat ibadat Islam itu untuk menarik anak muda agar datang ke masjid.
Masjid Saidina Ali KW, Kampung Padang Balang telah berkongsikan tentang program sambutan ambang tahun baru itu menerusi Facebook mereka.

Tayangan perlawanan bola sepak itu melibatkan pasukan Arsenal dan Fulham dan difahamkan juga, selain tayangan EPL, pengunjung juga boleh menyertai kuliah Maghrib yang bermula jam 7.30 petang.
Selain itu, makanan seperti sate turut disediakan kepada pengunjung yang datang ke masjid ketika sambutan ambang tahun baru itu.
Artikel Berkaitan: Anjurkan ‘Fun Run’ Lepas Subuh Berjemaah, Ramai Puji Cara Alif Satar Berdakwah
Artikel Berkaitan: “Semoga istiqamah” – Alif Satar Kongsi Tips ‘5 Second Rule’ Untuk Mudah Bangun Solat Subuh
Malah, cabutan khas untuk remaja atau belia yang bernilai RM1000 turut diadakan!
Memang bertuah siapa yang pergi masjid ni pada malam ini kan.
Acara yang dianjurkan oleh masjid tersebut juga turut dikongsikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Facebook.

Jom ramai-ramai kita meriahkan masjid!
Sumber: Facebook Masjid Saidina Ali KW
